Sunday, 31 May 2015

Najib Terkedu Dengan Kenyataan Bekas Menteri Ini?


Najib Terkedu Dengan Kenyataan Ini? Bekas Timbalan Menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah kecewa pendekatan kerajaan yang masih cuba menyelesaikan masalah kemiskinan menurut garis perkauman dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) ketika cabaran itu kini merentasi garis perkauman.

Beliau berharap Malaysia mengambil inspirasi daripada Laporan Pembangunan Malaysia 2013 yang menekankan pembasmian kemiskinan meliputi seluruh rakyat Malaysia.


"Saya mengharapkan RMK11 akan meneruskan perbincangan itu. Malangnya tidak. "Maka kerana itu saya sangat sedih RMK11 masih mempunyai agenda Bumiputera.


Najib Terkedu Dengan Kenyataan Ini?

"Saya mengharapkan RMK11 sebagai pelan pertama yang tidak menangani masalah ini berdasarkan kaum tetapi berdasarkan keperluan," katanya sewaktu berucap pada forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu, Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia), di Petaling Jaya petang ini.


Menurut Saifuddin, satu perbincangan untuk menetapkan tempoh agar pembasmian kemiskinan berdasarkan kaum dihentikan, perlu diadakan.

Bagaimana pun, kumpulan pendesak Melayu Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada 28 Mei lalu berpandangan agenda Bumiputera diketepikan dalam RMK11.


Menurutnya, ini kerana hanya 5% daripada 389 halaman laporan itu membincangkan agenda Bumiputera.


Sumber 

Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...