Friday, 22 May 2015

Berita Gempar Hari Ini


Najib Terkedu Dengan Berita Ini? Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyuarakan sokongannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin agar lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan membenarkan pihak polis menyiasat syarikat sarat hutang itu.

Syed Ali berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dalam keadaan tersepit ekoran dakwaan penyelewengan kewangan berbilion ringgit 1MDB.
"Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana saya juga sangat percaya dengan cara ini sahaja dapat meyakinkan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan memandang serius isu ini," katanya melalui blog Umno bahagian Cheras hari ini.

Katanya, ia merupakan perkara yang menyedihkan apabila beliau membaca laporan Najib enggan mengambil peduli berhubung gesaan timbalannya.
"Saya turut menyuarakan pendapat yang sama seperti Tan Sri Muhyiddin sejak beberapa minggu lalu.

"Tidak ada sehari pun berlalu tanpa pemimpin pembangkang atau masyarakat, tidak menyatakan perasaan tidak senang hati dan marah terhadap perdana menteri," katanya.

Najib Terkedu Dengan Berita Ini?

Pada masa sama, Syed Ali turut menggesa ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low turut disiasat pihak polis secepat mungkin.
Menurut Syed Ali, meskipun di sebalik penafian Jho Low, bukti-bukti dapat dikenal pasti melalui kertas laporan yang menunjukkan pergerakan kewangan ke dalam syarikat dimilikinya.

Muhyiddin hari ini berkata, video yang tersebar menyatakan beliau memberikan pandangan supaya anggota lembaga pengarah syarikat 1MDB dipecat adalah pandangan beliau dalam satu pertemuan tertutup.

Beliau berkata, perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan di luar pertemuan tertutup itu.
"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh biro latihan Umno. Itu pandangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham.

"Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkaran yang tersebut," katanya, kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen selepas sesi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), hari ini.


Iklan B (ii)
















1 comment:

  1. Jho LoW itu buah hati pengarang jantung..............

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...