Saturday, 23 May 2015

Najib Bakal Mengucapkan Sayonara


Najib Bakal Mengucapkan Sayonara. Mungkinkah gerak langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk 'menokhtahkan' Datuk Seri Najib Razak akan bermula sebelum Ramadan tiba?

Pada pandangan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, langkah itu perlu diambil sebelum kedatangan bulan puasa yang memang penting dalam kalendar Islam.
Kata Liew (gambar atas), Ramadan dijangka bermula pada 18 Jun sebelum diikuti pula kedatangan Aidilfitri."Biasanya tiada sesiapa mahu 'menumpahkan darah' sepanjang Ramadan.
"Justeru, jika anda mahu menamatkan kerjaya Najib, anda perlu lakukannya sebelum Ramadan," katanya kepada Malaysiakini.

Jika Najib terselamat daripada 'dikorbankan', kata Liew, perdana menteri mungkin sempat memanjangkan tempoh kerjaya politiknya untuk beberapa bulan lagi.

Najib Bakal Mengucapkan Sayonara
"Saya rasa mereka (penentang Najib) tidak mampu menunggu lebih lama, jadi mereka memulakan langkah (sebelum Ramadan).

"Kini kita perlu menunggu bagaimana reaksi Najib," katanya. Semalam satu klip video memuatkan ucapan Muhyiddin tersebar luas di media sosial.
Dalam klip itu Muhyiddin mendesak supaya semua Lembaga Pengarah 1MDB - yang kini dilanda masalah hutang menimbun - dipecat, selain disiasat polis kerana salah urus kewangannya.

Muhyiddin juga mendakwa, beliau sudah menasihati Najib tetapi tiada perubahan berlaku.

Namun Muhyiddin menegaskan beliau tidak bercadang untuk menyingkirkan perdana menteri.Ia mungkin desakan paling keras terbuka pernah dibuat Muhyiddin terhadap Najib setakat ini.
Bagaimanapun, majlis itu dipercayai diadakan secara tertutup sebelum rakaman berkenaan dibocorkan di media sosial.

Sementara itu felo Penang Institute, Wong Chin Huat (gambar atas), berkata jika Muhyiddin sudah mula menyerang orang Najib, itu membayangkan kemungkinan bekas Menteri Besar Johor itu memiliki penyokong mencukupi untuk membolehkan dia 'membakar jambatan' yang menghubungkannya dengan perdana menteri.


Iklan B (ii)












1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...