Friday, 15 May 2015

Najib Arah Selamatkan Kes Muflis Adun Lenggeng?


Najib Arah Selamatkan Kes Muflis Adun Lenggeng? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta supaya kes muflis membabitkan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail diselesaikan diluar mahkamah.

Arahan itu disampaikan dalam surat yang ditanda tangan Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

“Adalah dimaklumkan bahawa kes ini telah dibawa kepada pengetahuan Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Najib Arah Selamatkan Kes Muflis Adun Lenggeng?

“Oleh yang demikian, saya telah diarahkan Y.A.B Perdana Menteri supaya Y.B Datuk dapat menyelesaikan segera perkara ini secara aman di luar mahkamah dengan kadar segera”, katanya dalam surat yang bertarikh 13 Mei 2015.

Ishak, 64, yang mewakili Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Seremban, Mac lalu.

Mengulas mengenai pengisytiharan itu, beliau memaklumkan akan mengemukakan rayuan di mahkamah yang sama pada Khamis.



Perintah Muflis



Iklan B (ii)

















No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...