Wednesday, 6 May 2015

Mahathir Dedah Punca BN Menang Majoriti Kecil Di PRK Rompin


Mahathir Dedah Punca BN Menang Majoriti Kecil Di PRK Rompin. Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti kecil di Parlimen Rompin disebabkan faktor peningkatan kos sara hidup yang disumbang pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pengundi luar bandar seperti di Rompin tidak mengambil berat tentang isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang sering dibangkitkan beliau ketika mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Malah, kata bekas perdana menteri itu, mustahil orang kampung itu dapat membayangkan jumlah besar wang yang didakwa hilang menerusi syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan tersebut.

Mahathir Dedah Punca BN Menang Majoriti Kecil Di PRK Rompin

"Saya bukan faktor sebenarnya. Tumpuan di situ lebih kepada kos sara hidup, harga barang.

"Kebanyakan orang kampung tidak tahu apa itu 1MDB. Mereka nak bayangkan wang sebanyak RM42 bilion banyak mana pun, sukar," katanya bercakap di Putrajaya hari ini.



Iklan B (ii)















1 comment:

  1. GST, 1MDB, TH, Kumpulan Wang Pencen, KWSP dll akan menjadi faktor utama kekalahan BN dalam PRU ke14.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...