Wednesday, 6 May 2015

Lagi Kejutan Terbaru Buat Rakyat Malaysia?


Lagi Kejutan Terbaru Buat Rakyat Malaysia? Belumpun hilang kejutan disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu, satu lagi kejutan bakal berlaku apabila dikhabarkan kadar tol pula akan dinaikkan. 

Sumber-sumber memberitahu FMT, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini. FMT difahamkan, kadar itu melibatkan kenaikkan antara 50 hingga 100 p
eratus. 

Bagaimanapun, kadar kenaikkan itu bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan untuk memberi subsidi kepada syarikat konsesi. “Kita tunggu pengumuman sepenuhnya, “ kata sumber itu. Tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM458 juta peruntukkan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan kadar tol. 

Bagaimanapun, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar pada 2015 mengikut Perjanjian Konsesi. 

Lagi Kejutan Terbaru Buat Rakyat Malaysia?

Kadar kenaikan tol yang dibenarkan adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2. Berdasarkan perjanjian konsesi 2015, 20 syarikat konsesi yang dibenarkan menaikkan kadar tol ialah adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk), dan Storm Water Management and Road Tunnel (Smart), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya). 

Turut dibenarkan Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas). Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). 

Kenaikkan itu turut melibatkan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga), dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).


Sumber


Addin:

Sudah sampai masa rakyat tolak BN.. merekasudah lupa kepada rakyat. Masing-masing mengejar temolok masing-masing.


Iklan B (ii)















1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...