Friday, 15 May 2015

Kit Siang Hina Hudud.. Ikuti Penjelasan Mat Sabu


Kit Siang Hina Hudud.. Ikuti Penjelasan Mat Sabu. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mempertahankan tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang berceramah mengenai pelaksanaan hukum hudud dalam ceramah perdana di sini, Ahad lepas dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang boleh diterima.

Beliau boleh menerima kandungan ceramah berkaitan hudud yang disampaikan oleh Kit Siang kerana dia bukan orang Islam.

"Bila seseorang yang nak ceramah kita tidak tahu apa yang dia hendak cakap... ia bukan macam seminar atau forum kita nak bagi tajuk.

"Itu (kenyataan Lim Kit Siang) kita serah kepada orang untuk membuat pertimbangan sebab dia bukan orang Islam, kira tidak apa lah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kota Baru, hari ini.

Beliau, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, turut berceramah pada ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Kota Baru itu, berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan yang diberikan penasihat DAP itu kerana terdapat lagi pihak yang mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Kit Siang Hina Hudud.. Ikuti Penjelasan Mat Sabu

Pandangan Mat Sabu itu bertentangan dengan PAS Kelantan yang menyifatkan tindakan Kit Siang sebagai sesuatu yang bertentangan dengan pendirian kerajaan negeri Kelantan.

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata tindakan Kit Siang yang menyentuh isu hudud pada ceramah berkenaan sebagai tidak wajar.

"Kita memang tahu dia sebelum ini sudah menolak hudud, namun tidak sepatutnya dia bersuara secara terbuka di rumah kita. Dia sepatutnya menghormati Kelantan," katanya.

PAS Kelantan turut meminta PAS kawasan Kota Baru memberi penjelasan segera berhubung menjemput Kit Siang dan tujuan ceramah itu diadakan.

Akhbar melaporkan dalam ceramah berkenaan, Kit Siang menjadikan 2 buah negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90% penduduk beragama Islam namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Kit Siang dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama.



Iklan B (ii)
















1 comment:

  1. KLu nk ikut tuan guru haji hadi...silakan
    Klu nk ikut tuan guru lim kit siang...pun silakan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...