Friday, 15 May 2015

Berita Gempar Dari Sarawak


Kejutan Dari Sarawak. Lebih ramai ahli politik Sarawak mungkin dipanggil untuk siasatan atau akaun mereka dibekukan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jurucakap SPRM mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa selain seorang ADUN yang akaunnya telah dibekukan, mungkin ada ahli politik lain yang terbabit.

Beliau enggan mengesahkan sama ada ahli-ahli politik Sarawak itu juga merupakan ADUN.

"Bagaimanapun, ada kemungkinan beberapa akaun yang dibekukan, mungkin lebih daripada seorang ahli politik, iaitu selain ADUN yang diumumkan sebelum ini," tambahnya.

Malaysiakini difahamkan dari sumber-sumber lain bahawa beberapa ADUN sedang disiasat oleh SPRM di bawah 'Operasi Gergaji; di negeri itu terhadap rasuah dan pembalakan haram yang melibatkan 405 akaun bank.



Bagaimanapun, Malaysiakini tidak mendedahkan nama mereka, menunggu sama ada mereka yang dalam senarai itu akan didakwa.

Kejutan Dari Sarawak

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah Rabu lalu mendedahkan ia telah membekukan akaun bank seorang pembantu menteri yang mempunyai simpanan RM4 juta.

Walaupun SPRM tidak menamakan penolong menteri, ia dikatakan bahawa individu berkenaan terlibat dalam pembinaan bangunan 16 tingkat Baitul Makmur II yang bernilai RM250 juta di Kuching.

Balak RM1 juta dirampas

"Tiga puluh akaun syarikat dan individu, termasuk seorang ADUN, telah dibekukan. Semua akaun mempunyai simpanan berjumlah RM600 juta," katanya dalam satu kenyataan Rabu lalu.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.


SPRM berkata sehingga semalam ia telah merampas 1,570 balak bernilai RM1 juta.

Dalam kenyataan itu, SPRM berkata, ia telah memanggil 14 orang, termasuk pengarah dan pengurus syarikat, ekoran serbuan di kilang papan dan kolam balak.

Kenyataan mereka telah diambil untuk membantu siasatan terhadap rasuah, pembalakan dan penebangan haram serta pengelakan cukai.


Sumber

Iklan B (ii)
















No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...