Friday, 29 May 2015

Indentiti Tok Usin Ceroi Tersebar?


Dedahkan Siapa TUC

Saya telah mendengar sendiri rakaman audio yang kononnya berlaku di antara seorang yang memakai nama samaran Toc Usin Ceroi dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu yang juga Exco Pemuda PAS Pusat, Sdr. Nurul Islam Mohamed Yusoff. 

Saya tidak dapat mempastikan sama ada individu-individu di dalam rakaman tersebut adalah tulin atau sebaliknya,  sehingga ia disahkan sendiri oleh individu yang berkenaan.  Namun sekiranya rakaman tersebut adalah asli, beberapa perkara perlu dilakukan khususnya oleh sahabat saya, Sdr. Nurul Islam.


Pertama, melalui rakaman tersebut, jelas Sdr. Nurul Islam mengenali siapa individu disebalik nama Tuc Usin Ceroi atau TUC. Pada 08 April 2015, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telahpun mengarahkan agar pemilik akaun facebook palsu khususnya TUC menutup akaunnya. 

Beliau juga secara jelas menyatakan bahawa akaun tersebut telah merosakkan hubungan di dalam jemaah PAS dan mengajak orang ramai mendekati dosa dengan membuka ruang fitnah dan buruk sangka sesama ahli. Namun sehingga hari ini, arahan berkenaan terus diingkari.


Sdr. Nurul Islam punya tanggungjawab moral kepada jemaah sebagai Exco DPPM dan ahli PAS untuk mendedahkan individu sebenar yang telah menyebabkan perpecahan teruk di dalam PAS. 

Sekiranya TUC merupakan ahli PAS,  dia wajar dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Parti untuk dibicarakan. Kegagalan mendedahkan identiti TUC akan hanya menimbulkan perspektif tidak baik berkenaan hubungan Sdr. Nurul Islam dengan TUC.


Keduanya,  Sdr. Nurul Islam juga harus membersihkan nama beliau dan beberapa nama yang telah disebut di dalam audio berkenaan yang mempunyai hubungan dengan TUC.


Melalui rakaman berkenaan, jelas ada hubungan selama ini diantara Sdr. Nurul Islam dan TUC serta beberapa pimpinan PAS yang lain di dalam postings yang dikeluarkan oleh TUC di akaun facebook beliau yang telah menyebabkan fitnah di dalam PAS. 

Ketiga, saya berharap melalui pendedahan yang akan dibuat oleh Sdr. Nurul Islam, satu siasatan perlu dilakukan oleh PAS Pusat dan sekiranya terdapat bukti kukuh dan individu-individu yang terbabit adalah ahli PAS, mereka harus dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib untuk dibicarakan. 

Sebarang kegagalan atau penangguhan terhadap salah laku disiplin hanya akan memburukkan lagi konflik di dalam PAS. 

Sekian. 

Haris Alimudin
Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Sabah. 
29/05/2015
Sandakan


Iklan B (ii)











1 comment:

  1. sori la
    geng UG mana berani nak ambik tindakan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...