Thursday, 14 May 2015

Ezam Mohd Noor Muncul Kembali..


Ezam Mohd Noor Muncul Kembali. Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan menuntut Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan penggunaan dana awam berbilion ringgit bagi menyelamatkan syarikat swasta milik anak bekas perdana menteri itu.

Mohamad Ezam Mohd Noor (gambar), bekas ketua Pemuda PKR yang berpaling tadah menyertai Umno pada 2008, memberitahu Utusan Malaysia, pembelian Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir pada 1998 menggunakan wang Petronas adalah antara "bailout" oleh pentadbiran Dr Mahathir.

"Transaksi yang melibatkan syarikat perkapalan milik Mirzan ketika itu yang membabitkan sejumlah ribuan juta ringgit dana Petronas secara jelas merupakan satu langkah ‘bailout’ sebuah syarikat milik swasta menggunakan dana milik awam.

"Saya masih ingat menteri kewangan ketika itu menyatakan kepada saya kebimbangan menggunakan dana awam berbilion ringgit untuk menyelamatkan syarikat swasta milik perdana menteri yang berkuasa ketika itu," kata Ezam dipetik Utusan Malaysia.

Menurut Ezam, ekoran tindakan Dr Mahathir, timbul perbalahan di antara pemimpin kerajaan ketika ia dibangkitkan dalam beberapa mesyuarat Kementerian Kewangan ketika itu.

Ezam Mohd Noor Muncul Kembali

Anwar, yang kini menjalankan hukuman penjara 5 tahun selepas sabitan kes liwat, menyandang jawatan menteri kewangan dari 1990 sehingga 1998, sebelum dipecat Dr Mahathir daripada semua jawatan kerajaan dan Umno.

Gesaan Ezam merupakan antara kritikan terhadap Dr Mahathir yang terus mengasak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berhubung kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tengku Ibrahim baru-baru ini mempersoalkan tindakan Dr Mahathir dan menggesanya mengakui kesilapan maklumat berhubung dana 1MDB yang didakwa "hilang" sehingga mencetuskan kontroversi sejak akhir-akhir ini.

Dr Mahathir sebelum ini juga menuduh keluarga Najib mengamalkan gaya hidup mewah dan memberi amaran kepada ahli Umno yang parti itu akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib tidak disingkirkan.



Iklan B (ii)
















No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...