Sunday, 31 May 2015

Dr. Zuhdi Buat Onar Lagi?


Dr. Zuhdi Buat Onar Lagi? Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki sekali lagi menimbulkan kontroversi kali ini memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan ayahnya lebih mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) daripada anak-anaknya sendiri.

Melalui perbualan di sebuah kumpulan WhatsApp, Zuhdi dikatakan mengkritik Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.

"Bila TGNA meninggal dunia, yang solatkan dia dan menguruskan jenazahnya adalah anak-anak dia, tak nampak pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lakukan semua itu," kata Zuhdi, di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.


Beliau berkata demikian sebagai respons kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut yang hanya dikenali sebagai “Sayuti Shah Alam” yang memuat naik "Tok Guru Nik Aziz tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, Nik Omar Nik Aziz," rentetan forum bertajuk “PAS dan Masa Depan Politik Islam Malaysia” yang dianjurkan di Shah Alam semalam.


Dr. Zuhdi Buat Onar Lagi? 

"Eloklah kamu buat wasiat dari sekarang Sayuti, kalau kami mati nanti, minta Shaykh Kit Siang atau Sidi Guan Eng jadi imam, sebab kamu tatang mereka lebih dari anak sendiri," kata Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Sumber daripada Pemuda PAS berkata kepada The Malaysian Insider, kenyataan Zuhdi itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin PAS tersebut.


"Secara peribadi saya tidak bersetuju, tetapi saya enggan respons," katanya.

The Malaysian Insider turut difahamkan, petikan kenyataan Zuhdi itu turut tersebar apabila ada anggota kumpulan WhatsApp itu menyebarkannya kepada pihak lain.

"Zuhdi sudah marah, dia kata ada pengkhianat yang sebar isi kandungan kumpulan WhatsApp," katanya, dan menambah, kumpulan khidmat pesanan mesej itu adalah kumpulan terbuka.


Zuhdi sebelum ini mencetuskan kontroversi melalui khidmat pesanan sama, apabila mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno bagi mengekalkan kepimpinan susulan krisis menteri besar Selangor ketika itu.

Melalui paparan skrin mesej WhatsApp dalam kumpulan AJK PAS Pusat yang bocor itu adalah:"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.


"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So, mana-mana suara non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," katanya,\ dalam mesej tersebut.

Iklan B (ii)







3 comments:

  1. Malang..

    Sgt2 malang apb puak2 Hadi & UG brhujjah mcm budak2 hingusan

    TIADA & tiada sape yg masuk akal utk panggil LKS ddlm urusan kematian?

    Nik Aziz..utamakan PR melebihi kluarganya krn sgt7"KESIAN"-simpati dgn mjoriti rkyat MARHAEIN yg dizalimi serta ditindas oleh rejim umno yg hidup dbwh paras KEMISKINAN!!!!!! Sbg MB Klantan pd wktu itu soal makan minum & kselesaan kluarga-anak2 Nik Aziz pasti beres!

    Tak kan hakikat smudah itu yg Nik Omar nak jls pon kan sampai nak panggil LKS utk urusan jenazah & solat jenzah....Adoiiyai apa punya bingai bin BENGAP?!

    Alangkal dangkal bengap & GELAP..

    Isu rasis-ASOBIYAH DAP-cina-komunis sbg ilusi-FITNAH mnjd hujjah-FAKTA smata2 utk mnipu perwakilan2 yg kbnyakannya tlh pon GELAP-"TOLOL" walaq mmbuta tuli..

    Apb DAP DAP DAP DAP berkali2..
    sikit2 DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP...huh!

    Amat malang skali apb DAP-rasis-ASOBIYAH-picisan mnjd point-FAKTA sbg hujjah..

    Sewajib2nya kita bercakap isu FUNDAMENTAL-DASAR-univrsal sbnr7OBOR-CAHAYA yg berpaksikan kpd sbnr7KBNARAN sbnr7KEADILAN sbnr7KEJUJURAN utk mnghapuskan helah-onar-TIPU-FITNAH-belit-rasuah yg trlalu & trsgt2PARAH..

    Sayang sekali..

    Alangkah sampoi simple dan mesra skiranya Ahmad Awang & Hadi Awang dpt duduk bersama2 berWACANA berkongsi VISI-hujjah-pendapat demi sbnr7KBNARAN sbnr7CAHAYA-TERANG yg bnar7DAPAT "diRASAkan" sbg solusi serta PILIHAN yg terBAIK skali utk mmimpin majoriti ummah..

    RAKYAT bnar7DAHAGAkan sbnr7CAHAYA-ygTERANG utk mnyuloh kdlm "SYSTEM" berNEGARA dgn sgl system'KEHAKIMAN system'PENDIDIKAN system'KEEWANGAN systemKESELAMATAN dan sluruh system2 yg berkaitan diurus dgn sbnr7 setggi7NILAI..yg bnar7PASRAH-telus kpd NILAI2-UNIVRSAL-hakiki-CAHAYA maha7TERANG sprt dbwah ini..

    Sluruh "SYSTEM" sgt7mmerlukan

    +++sjujur7HAKIKAT kjujuran yg tiada bandingan

    +++seikhlas7HAKIKAT keikhlasan yg tiada tandingan

    +++sesuci7HAKIKAT kesucian/TRANSPERENCY-audit-dr-DASAR-hati

    +++skudus7HAKIKAT amanah/INTEGRITY yg tiada sklumit pon ASOBIYAH-rasis pentingDIRI

    +++shebat7HAKIKAT bakat/MERIT-puncak solusi terbaik kpd masaalah umah

    +++seadil7HAKIKAT keadilan UNIVRSAL-azali kpd semua mahluk2 dilangit & dbumi HUTAN & lautan..

    +++sedlm7HAKIKAT cintaKASEHsayang demi SATU-rumpun yg berasal dr Adam as..


    +++smutlak7HAKIKAT KBNARAN-stotal7nya langsung tiada pntingDIRI slain keagongan'TUHAN!


    Inilah sbnr7CAHAYA..

    CAHAYA yg maha7TERANG yg telah disuloh oleh semua nabi2 ddlm "SYSTEM" kehidupan..hatta CAHAYA yg maha7TERANG ini dpt tembus keDASAR-HATI yg paling2 dlm skali..
    "..takutilah FIRASAT sbnr7Org yg berIman.."???

    CAHAYA itulah yg sgt2 ditakuti oleh Firaun Namrudz Haman Qarun Kaisar Kisra raja2 Abu Jahal Abu Lahab dan sluruh pemimpin2 yg zalim-menipu-"mmFITNAH"-mnindas disepanjang zaman..

    Inilah WACANA..

    WACANA-diskusi-HUJAH-debat..yg bnar7DAPAT mngubah MINDA ygGELAP mnuju hala tuju CAHAYA yg TERANG benderang kdlm sluruh "SYSTEM" khidupan berNEGARA demi sbnr7ERTI kjayaan serta keREDHAan TUHAN..

    ReplyDelete
  2. "Eloklah kamu buat wasiat dari sekarang Sayuti, kalau kami mati nanti, minta Shaykh Kit Siang atau Sidi Guan Eng jadi imam, sebab kamu tatang mereka lebih dari anak sendiri," kata Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

    - ayat yang lahir dari hati seorang UG.
    - masih nak pilih UG?

    ReplyDelete
  3. inikah mentaliti penyokong ulama pas. apa dah jd dgn golongan ulama pas. tak cerminkan akhlak rasulullah saw.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...