Monday, 11 May 2015

Dr. Asri Kantoikan Majlis Fatwa Kebangsaan?


Dr. Asri Kantoikan Majlis Fatwa Kebangsaan? Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah membincangkan tentang pembelian 1.56 ekar tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji (TH), kata Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin.

Asri berkata demikian sebagai respons kepada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Abdul Shukor Husin (gambar bawah), yang memberitahu satu sidang akhbar bahawa urusan jual beli kontroversi itu adalah sah dan mematuhi syariah.


"Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

"Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini," tulis Asri di laman Facebook.

Dr. Asri Kantoikan Majlis Fatwa Kebangsaan?

Pada hari Sabtu, Shukor memberitahu pemberita bahawa dalam urusan jual beli Islam, jika penjual meletakkan harga sedemikian dan pembeli bersetuju, ada barang dan ada bayaran, maka boleh berlaku (urusan) jual beli itu.


Sidang akhbar itu diadakan oleh TH untuk menjelaskan pembelian tanah darI 1MDB yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Pada hari Rabu, sebuah blog membocor dokumen yang mendakwa TH membeli tanah 1MDB dalam usaha untuk membantu 1MDB yang dibebani hutang sebanyak RM42 bilion.

TH didakwa membeli tanah itu pada harga RM2,773 setiap kaki persegi (psf), manakala 1MDB dilaporkan membeli tanah daripada kerajaan hanya pada harga RM64psf.

TH kemudiannya mengesahkan bahawa ia membayar RM188.5 juta untuk membeli 1.56 ekar daripada 70 ekar tanah milik 1MDB.

1MDB telah membeli keseluruhan 70 ekar itu daripada kerajaan pada harga RM194.1 juta.

TH telah dilaporkan berkata bahawa ia akan mematuhi arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjual tanah tersebut.


Iklan B (ii)















No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...