Sunday, 10 May 2015

Dengan Sekelip Mata, Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai?


Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai? Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dana kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk projek Tun Razak Exchange (TRX).

Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.

"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.

Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.

“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.

“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.

Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai?

Sebelum ini, Azeez  menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.

"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, LTH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.

"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.


Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar), yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.

"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam.

Katanya, dokumen mula tersebar di media sosial menunjukkan Tabung Haji seolah-olah penyelamat 1MDB.

Husam turut mempersoalkan mengapa LTH perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah kerajaan.

Katanya, pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.

Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.

"Ini satu amalan yang ganjil," kata Husam.


Sumber

Lihat pendedahan asal oleh blogger Benchmark di SINI.


Iklan B (ii)















16 comments:

  1. sepatutnya Azeez ni jawab mcm Najib jwb... saya tak kenal 1MDB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia datang dari negara mana ya, saya tak kenal la

      Delete
  2. Ini satu amalan yg keji dan tiada integriti. Ahli politik patut di haramkan menerajui GLC. Boleh hancus LTH di buat nya.

    ReplyDelete
  3. INI NAMA NYA SYARIKAT ALI BABA SDN BHD KHAS UNTUK PEROMPAK N PENYAMUN

    ReplyDelete
  4. Adakah ini sebabnya TH bg dividen tinggi tahun lepas untuk menarik simpanan bg menampung kekurangan wang tabungan

    ReplyDelete
  5. Perlu dilihat pula dari segi perniagaanya tabung haji ialah unit amanah yang sentiasa melabur. Tanah ialah salah satunya. Yang penting ialah nilai belian dan nilai projeksinya. Jika tidak diambil oleh tabung haji mungkin diambil oleh hartanah dari china contohnya. Kwnudian dibangunkan dan dijual dengan harga berlipat ganda. Melopong pula tabung haji. Pada saya selagi dari segi bisnesnya masuk akal tiada masalah untuk membeli dari sesiapapun walaupun imdb sekalipun

    ReplyDelete
  6. Bila disuroh anjing menjaga ayam begitulah jadinya...

    ReplyDelete
  7. Muka gelap...
    hati pun gelap..


    Mat Umno Pendang

    ReplyDelete
  8. spin lah kot mana pun, someone is going down!

    ReplyDelete
  9. inilah jadinya kalau amanah dipegang oleh orang yang bukan ahli..jawabla di akhirat nnti...biar muka hitam..jangan hati turut sama hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang didunia muka putih, diakirat putih berseri.
      Ada putih didunia, diakhirat hitam legam.
      Ada hitam legam didunia, putih berseri diakhirat.
      Ada pula hitam didunia, hitam legam pekat diakhirst.
      Kita dah bolih agak dia kat mana......

      Delete
  10. Tahniah bloger dgn tekanan anda tanah itu tela dijual kembali kpd pihak lain baru padan muka TH, aku peduli apa tanah tu dijual kpd cina ke, yg penting jgn syarikat melayu islam yg dpt.. Kalau lepas ni TH tak mampu nak bg subsidi haji pun aku peduli apa, aku smpi skrg tak mencarum dlm TH, selama ni TH bg dividen ke bukannya aku dpt.. Syabas saudara bloger dgn usaha murni anda sebuah syarikat melayu islam telah terlepas peluang keemasan lepas ni kita serang syarikat syed bukhari plak sbb sblm ni punya serangan tak berapa berjaya lepas tu syarikat anak mahathir dan syarikat2 melayu lainnya biar mrk papa kedana jadinya..haha. Biar org kata kita jd barua dap pun takpa asal bukan syarikat melayu islam.. Kalau boleh jgn ada anak melayu islam yg jadi 10 terkaya msia, sakit hati aku tgk mrk..

    ReplyDelete
  11. semua tempat kalau boleh sapu kita sapulah. duit orang tua kwsp, duit mak cik felda, duit simpanan pencen, duit orang nak pergi haji..... nasib baik itu hari tak jadik kuar duit kwsp 60 tahun, kalu tak memang barai laa...

    ReplyDelete
  12. Esok aku nak keluarkn duit di TH letak dalam bank lain.

    ReplyDelete
  13. Jangan setakat suruh letak jawatan jer.. hukuman takde. (Dr.G)

    ReplyDelete
  14. Pakat2 keluarkan Duit dekat TH.
    Tengo TH bagi x?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...