Thursday, 21 May 2015

Bung Mohktar Radin Takut Balik Kampung.. Ini Buktinya


Bung Mohktar Radin Takut Balik Kampung.. Ini Buktinya. Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin mengatakan beliau sendiri berasa tidak selamat untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk melawat kawasan di Sabah kerana bimbang diculik.

Menurut wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu, pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) gagal menjalankan tugasnya melindungi penduduk negeri tersebut.

"Bagi saya Esscom gagal dalam menjalankan tugasnya. Ia perlu dikaji semula, rakyat hilang keyakinan terhadap pihak berkuasa.
"Kita mahu bukan lagi diberi jaminan namun kata mesti dikota, janji mesti ditepati. Kita tidak mahu ada penculikan, kalau ada kenapa tidak halang? Kenapa biarkan?

"Bila turun di kawasan saya perlu menaiki bot turun ke kampung, nasib saya tidak diculik. Saya risau kalau saya ada di restoran itu, saya sendiri akan diculik," katanya ketika membahaskan usul persendirian Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi mengenai insiden penculikan berlaku di Sabah di Dewan Rakyat hari ini.
Bung Mohktar Radin Takut Balik Kampung.. Ini Buktinya

Pada 14 Mei, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan, Sabah, dan menculik seorang lelaki dan seorang wanita dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan.

Insiden tersebut menimbulkan kritikan orang ramai termasuk wakil rakyat kawasan tersebut kerana insiden sama sering kali berulang walaupun terdapat Esscom.
Wanita yang diculik ialah kakak ipar pengurus restoran itu, Thien Nyuk Fun, 50, manakala lelaki itu ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak, yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja.

Kejadian dipercayai berlaku ketika pertukaran waktu bertugas polis, manakala bot yang digunakan suspek dipercayai menghala ke Filipina.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek datang dari arah tangga sisi di bahagian belakang restoran itu tanpa mengenakan sebarang penutup muka.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam berkata, setakat ini pihak berkuasa masih belum menerima sebarang tuntutan wang tebusan daripada penculik.



Iklan B (ii)











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...