Sunday, 24 May 2015

Berita Gempar Hari Ini


Berita Mengejutkan Dari Utara Semenanjung.Sebuah kubur besar yang dipercayai mengandungi mayat hampir 100 pendatang Rohingya dijumpai di Padang Besar, Perlis, menurut laporan eksklusif mStar hari ini.

Portal itu memetik sumber mengatakan, komando polis dan pasukan forensik dari Bukit Aman tiba di lokasi itu pada petang Jumaat lalu dan walaupun tiada pengesahan lokasi sebenar kubur itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan mengadakan sidang media mengenainya esok.


Mstar melaporkan, beberapa kenderaan pacuan empat roda polis forensik dilihat keluar dari sempadan di Padang Besar.

Berita Mengejutkan Dari Utara Semenanjung


Setakat ini tiada maklumat boleh didapati kerana dipercayai polis sedang menjalankan operasi," sumber dipetik berkata.Ia juga melaporkan seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar berkata, lokasi kubur itu merupakan kawasan larangan dan tidak boleh diakses orang awam."


Tempat itu dikepung dan ia terletak di kawasan yang berbukit," katanya menurut portal itu.Penduduk kampung dipetik berkata, kubur beramai-ramai di Padang Besar itu mungkin milik orang Rohingya.


"Orang-orang Rohingya boleh mati mana-mana sahaja dan bukan sahaja di Thailand."Anda tidak boleh memilih tempat di mana anda mahu mati," katanya.



Iklan B (ii)











2 comments:

  1. 12. Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.

    ReplyDelete
  2. Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...