Friday, 1 May 2015

Berita Gembira Buat Penjawat Awam Tersebar



Berita Gembira Buat Penjawat Awam Tersebar.   Kerajaan umum cuti 3 hari bagi penjawat awam untuk urusan kematian ahli keluarga terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 


Kemudahan cuti 3 hari buat penjawat awam bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat merangkumi suami atau isteri, anak serta ibu dan bapa kandung, diperluaskan kepada ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat serta anak angkat yang sah di sisi undang-undang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kemudahan itu yang berkuat kuasa 1 Julai, adalah antara inisiatif kerajaan dalam menambah baik pelaksanaan kemudahan Cuti Tanpa Rekod buat kakitangan kerajaan.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga memutuskan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meneruskan program saringan kesihatan percuma bagi pekerja sektor swasta yang berumur 40 tahun, dengan menyediakan perkhidmatan bergerak bagi membolehkan pemeriksaan saringan kesihatan diadakan di premis majikan.

Berita Gembira Buat Penjawat Awam Tersebar


Perdana menteri mengumumkan demikian semasa berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di Kuching yang dihadiri kira-kira kira-kira 10,000 orang.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot, anggota Kabinet persekutuan dan negeri, di samping Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.


Iklan B (ii)















4 comments:

  1. Ha ha lepas ni bolehlah ambil ramai parent angkat banyak2.

    ReplyDelete
  2. Kahkahkah
    Ingatkan naik gaji ker elaun ker.......

    ReplyDelete
  3. Berita gembira taik kau... Kecoh sgt ke pasal cuti tanpa rekod...phuiii

    ReplyDelete
  4. Kalau nak popular dikalangan kakitangan kerajaan kasi cuti 3 hari setiap minggu. Kerja 2 hari cuti 5 hari. Kerajaan lupa, Kakitangan kerajaan adalah KAKITANGAN AWAM atau PUBLIC SERVANT. Mereka dibayar gaji oleh rakyat menerusi CUKAI PENDAPATAN, GST DAN SEGALA JENIS CUKAI YANG DIKUTIP DARI RAKYAT.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...