Thursday, 7 May 2015

Berita Bahaya Dari PRK Permatang Pauh?


Berita Bahaya Dari PRK Permatang Pauh? Ekoran peringatan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tentang kemungkinan wujud pengundi hantu hari ini di pusat pengundian Permatang Rawa, ejen pengundian PKR telah diarahkan supaya memantau nama-nama tertentu yang mencurigakan.

Menurut Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Rashid Hasnon yang dipertanggungjawabkan di pusat pengundian tersebut, dua nama telah dikenal pasti oleh parti itu.

"Berdasarkan maklumat kami, mereka didaftarkan sebagai pengundi di saluran 4 dan 5, jadi ejen pengundian kita yang bertugas di kedua-dua saluran itu akan memantau sama ada mereka keluar mengundi atau tidak."

"Sebaik sahaja mereka muncul, kami akan segera melaporkan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan," katanya kepada pemberita di luar SMK Permatang Rawa.

Sementara itu, Bernama melaporkan 24 pusat mengundi dengan 130 saluran untuk PRK Parlimen Permatang dibuka mulai 8 pagi ini. Pusat mengundi itu akan ditutup pada 5 petang.

Calon BN Suhaimi Sabudin mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu.

Manakala calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Berita Bahaya Dari PRK Permatang Pauh?

Calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak (Bebas) tidak mengundi.

Proses pengundian awal membabitkan 627 pengundi telah diadakan pada Ahad lepas di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan di berek kelamin Balai Polis Kubang Semang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjangkakan jumlah yang akan mengundi mencapai 80 peratus daripada 71,890 orang yang layak mengundi di kawasan itu.

"SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menurun kepada 80 peratus daripada 88.50 peratus pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei, 2013," katanya.

Beliau berkata keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diketahui seawal 9 malam.

Proses pengiraan undi PRK ini akan dilakukan di tempat mengundi dan bukan di pusat penjumlahan rasmi undi, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada 5 petang ini.

Hari ini merupakan cuti peristiwa di Pulau Pinang dan dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka.



Iklan B (ii)















1 comment:

  1. Asyik la pengundi hantu, pkr kalah pun hantu, pkr menang pun hantu yg undi.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...