Thursday, 28 May 2015

Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Bekas Ketua Polis Negara?


Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara. Seorang pegawai kanan polis bersara hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis dengan merangka pertuduhan jenayah ke atasnya.

Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata, ia kerana kedua-dua mereka memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya.

Beliau berkata, Musa yang merupakan pegawai bawahannya dari 1994 hingga 2001, tidak menyukainya kerana beliau mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada bekas ketua polis itu.

 "Musa melakukan pelbagai pelanggaran jabatan yang menyebabkan saya mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepadanya," katanya dalam satu kenyataan saksi.

Ramli berkata insiden "Mata Lebam", "kes MAS" dan "kes Goh Cheng Poh" menambahkan kebencian itu.


Beliau memberi keterangan dalam kes saman sivil RM20 juta difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pegawai-pegawainya dan kerajaan kerana konspirasi mencemar reputasi beliau, serangan dan penahanan salah.

Rosli juga memfailkan saman fitnah terhadap Abu Kassim.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli berkata, permusuhan Musa terhadap Ramli menyebabkan kedua-dua defendan berpakat menghancurkan reputasi dan integriti beliau (Rosli).

Ramli, yang kini seorang peguam, dan Rosli, menjadi mangsa Gani dan Musa kerana Rosli pernah membantu Ramli menyediakan afidavit sebagai respons kepada permohonan habeas corpus yang difailkan Goh.

Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara

Goh, ketua kongsi gelap yang lebih dikenali sebagai Tengku Goh dari Johor, ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam perjudian dan pengubahan wang haram.


"Jabatan Peguam Negara enggan menyediakan afidavit bagi saya dan pegawai saya untuk membantah permohonan Goh. Sebaliknya, saya diberi notis singkat untuk bersedia dengan dokumen," kata Ramli.

Katanya, Rosli dan seorang lagi peguam C Vijaya Kumar, membantu beliau menyediakan lima afidavit untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ramli berkata dalam kejadian mata lebam itu, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipecat pada 1998, diserang ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan.

Beliau berkata, beliau kemudiannya disuruh Musa yang ketika itu timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (undang-undang dan pendakwaan) untuk memalsukan bukti.

"Musa berkata beliau dihantar peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah dan Gani, dan meminta saya membuat laporan terhadap Anwar.

"Dia (Musa) juga meminta seorang doktor dirancang untuk menunjukkan Anwar dengan sengaja mencederakan dirinya sendiri," katanya.


Ramli berkata, beliau enggan, dan mendedahkan kepada Musa yang Gani berada di Bukit Aman pada malam Anwar diserang.

"Kerana kedudukan yang saya ambil, saya dilihat sebagai tidak setia kepada Musa dan Gani."

Gani dilantik peguam negara pada 2002 manakala Musa dilantik ketua polis negara pada 2006 dan bersara pada 2010.

Ramli berkata, Musa pada 1998 sepatutnya melapor kepadanya tetapi dia memintas protokol polis dan berurusan secara langsung dengan Gani.

Dalam kes MAS, Ramli berkata, beliau diarahkan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, membuka semula kes itu.

"Gani tidak suka dengan tindakan saya yang membuka semula kes itu dan mengesyorkan pendakwaan."


Ramli berkata, CCID mendapati terdapat bukti mencukupi untuk merangka pertuduhan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli walaupun polis dan pihak pendakwa menutup fail kes itu sebelumnya.

Beliau berkata, beliau tidak disenangi Gani kerana dilihat menjejaskan kedudukan peguam negara itu yang mengesyorkan tiada tindakan diambil berhubung kes itu.



Iklan B (ii)










7 comments:

  1. Hancus undang-undang negara jika pemegang amanah penegak keadilan dicemari oleh maknusia yang tidak amanah semoga Allah menunjukkan kebenaran pada mangsa yang dizalimi,itulah juga sebab musababnya himgga kehari ini DSAI tidak dibenci oleh rakyat bahkan makin disokong dengan apa saja musibah yang dilalui keluarga beliau semoga Allah merahmati keatasnya ameeen.

    ReplyDelete
  2. Memang dh lama hancur...kalau tidak dh lama rakyat malaysia ni hidup senang..

    ReplyDelete
  3. Kau tau ke betul ke tidak verita dia ni? Ntah2 auta je sbb nk selamatkan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini keterangan di mahkamah. klu dia tipu boleh dikenakan hukuman berat. bukan cakap kedai kopi bro

      Delete
  4. penjahat yg tidak amanah dgn kuasa, menipu fitnah, maka gajinya adalah njis. maka dia akan tetap diburu dosa2 yg dilakukan.

    sanggup minta maaf kpd mangsa fitnah? tentu tk cukup telur utk minta maaf walaupun dulu ketua polis yg hebat.

    tunggu je la balasan.... ini pasti.

    ReplyDelete
  5. Itu baru dengar cerita sebelah pihak..sebelah pihak lagi mcm mana?

    ReplyDelete
  6. Allah tk pernah lepas pandang walaupun sebesar hati semut.mereka ini merancsng tetapi Allah merancang juga utk mereka. Dan mereka ingat mereka smart tapi Allah lbih smart. Sembunyilah walau dalm perut bumi. Anytime Allah boleh expose prbuatan mereka.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...