Monday, 18 May 2015

Baguslah Ustaz Ni Letak Jawatan..


Baguslah Mamat Ni Digugurkan. Mohd Yusni Mat Piah, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah digugurkan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang. Beliau digantikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mengesahkan pengguguran Mohd Yusni itu. Beliau berkata, pertukaran itu merupakan amalan biasa dan dibuat oleh Pemuda Pas Kawasan di negeri itu.

Tambahan pula, katanya, Mohd Yusni telah melepasi had umur yang ditetapkan bagi jawatan Ketua Pemuda.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Asrol Sani Abdul Razak menyambut baik pelantikan Afnan itu.

Katanya. pelantikan kepimpinan baru Pemuda Pas dapat mengukuhkan lagi kerjasama Pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Baguslah Mamat Ni Digugurkan

“Kami menyokong segala usaha Pemuda Pas Pulau Pinang bagi merealisasikan agenda yang menguntungkan Pakatan Rakyat dan tidak akan menyokong sebarang agenda bersifat peribadi yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat,” katanya dalam kenyataan media.
Dalam PRK Permatang Pauh pada awal bulan ini, Mohd Yusni enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan enggan untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selagi PKR dan DAP tidak meminta maaf kerana mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

Dia akhirnya menarik balik keputusan memboikot itu kerana menghormati keputusan pemimpin tertinggi Pas tetapi tetap dengan pendirian mahukan PKR dan DAP meminta maaf kepada Hadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Yusni juga membangkitkan kemarahan PKR apabila enggan menarik balik daripada bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh biarpun pimpinan Pas mengarahkan dia berundur.
Keputusan membelakangkan arahan parti itu menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara Pas, PKR dan UMNO.

Pendirian tegas Mohd Yusni itu dilihat punca hubungan dingin dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang.

Sumber

Addin:

Maaf.. hasil maklumat mengatakan Ustaz Yusni Mat Piah letak jawatan kerana melebihi had umur sebagai Ketua Pemuda iaitu 40 tahun. Namun semakan dalam alam siber tidak menjumpai artikel tersebut. Kepada sesiapa yang tahu, boleh bagi link arikel tersebut?



Iklan B (ii)












2 comments:

  1. untuk makluman dia bukan digugur..dia letak jawatan....x baca berita ke?

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya Saudara Yusni tidak boleh dipersalahkan.
    Yang patut di persalahkan ialah TGHH kerana menyuarakan sokongan terhadap tindakkan mereka2 ini sebelum ini. serta lambat untuk mengambil tindakkan sehingga keadaan kucar kacir. Bukan sekali TGHH sebagai presiden lambat untuk mengambil tindakkan, malah beberapa kali sebelumnya

    Ana sara beliau (TGHH) tidak layak untuk menduduki kerusi presiden PAS dan mesti diturunkan sahaja.

    Dpd Ahli PAS Kedah .

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...