Thursday, 7 May 2015

Azmin Dedah Punca Statement "Barua"


Azmin Dedah Punca Statement "Barua". Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, beliau tidak pernah melabelkan ketua polis negara sebagai "barua" dan hanya melontarkan soalan yang mengandungi perkataan itu kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, pertanyaannya itu kini diputar belitkan oleh media sosial sedangkan beliau sendiri tidak pernah melontarkan kata-kata kesat secara terus kepada Khalid.

"Jadi, semua yang dilaporkan media sosial itu, diputarbelitkannya kenyataan saya.

"Saya tak ada masalah dan saya tak suka pun menyerang peribadi atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana individu.

"Tetapi apa yang saya maksudkan, ia satu pertanyaan dan ia disahkan oleh ramai wartawan yang menghubungi saya," kata menteri besar Selangor itu kepada The Malaysian Insider.

Pada Ahad malam, ketika berceramah di Kubang Ulu, Permatang Pauh, Azmin meluahkan kekesalannya terhadap tindakan polis yang menahan peserta himpunan Hari Pekerja bantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei.

"Tolong beritahu ketua polis negara, mahu jadi ketua polis negara yang menjaga keselamatan rakyat atau mahu jadi barua Umno dan BN?" katanya malam itu.

Petang tadi, selepas satu perjumpaan dengan petugas pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Khalid menyatakan kekecewaan beliau terhadap Azmin yang menggunakan perkataan “barua” kepadanya.

Katanya kepada media, beliau sudah biasa dikritik namun kenyataan Azmin kali ini disifatkannya sebagai "cemuhan yang agak melampau".

Azmin Dedah Punca Statement "Barua"

Mengulas perkara itu, Azmin berkata selepas program Ceramah Perdana Pemuda Pakatan Rakyat di Taman Ciku, Bukit Mertajam malam ini, beliau yakin Khalid faham kenyataan sebenar beliau.

"Saya kira ketua polis negara sedia maklum dengan apa yang saya zahirkan dalam ceramah tersebut.

"Apa yang saya zahirkan hanya satu pertanyaan untuk mengangkat martabat dan kewibawaan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) – saya ada sebut dalam ucapan itu.

"Malah saya katakan dalam ucapan itu, ramai pegawai dan anggota polis menjalankan tugas secara profesional.

"Saya menghormati beliau sebagai ketua polis negara, tetapi saya nak institusi PDRM itu dipulihkan kewibawaannya," katanya.

Beliau turut menafikan yang beliau berpura-pura tidak nampak Khalid pada istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV di Balairung Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, terdahulu hari ini, seperti dakwaan Khalid petang tadi.

"Dalam istana bukankah ada ketertiban dan kesopanannya. Mana boleh saya berjalan saja. Jadi, dia ada aturan tempat duduk dan ada ketibaan-ketibaan tertentu.

"Tapi, saya nampak ketua polis negara, dalam satu jaraklah. Biasanya kalau saya terserempak dengan dia, saya salam," katanya.

Terdahulu dalam ceramahnya, Azmin berjenaka agar orang ramai mencari beliau di lokap jika beliau secara tiba-tiba hilang.

"Bungkus roti canai dan hantar pada saya dalam lokap," katanya kepada hadirin.

"Oh! Roti canai dah mahal sebab GST? Tak apa, saya puasa sahajalah," katanya mengundang ketawa mereka.

Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis (cawangan pegawai diwartakan), Datuk Shah Gzali Khan Shahadad dalam satu kenyataan terdahulu hari ini berkata, kata-kata kesat Azmin itu mengguris hati warga polis.

Mereka meminta beliau mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kerana membuat penghinaan itu.


Iklan B (ii)















2 comments:

  1. Hanya orang yang makan cili sahaja akan terasa pedasnya.

    ReplyDelete
  2. Institusi polis khususnya ketua polis negara haruslah peka dan bersikap professional dalam melayani ciri ucapan MB Selangor. Memang lumrah media arus perdana selalu memperincikan pemberitaan agar jadi lebih sensasi dengan paluan keriuhannya. Apalah sangat ucapan MB Selangor kalau sekadar memperterjemahkan pesanan atau ingatan buat institusi polis agar lebih berintergriti dengan tugasan, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kelompok politik yang tentunya sarat dengan pelbagai kerenah tidak terkecuali mana-mana badan politik samada pro atau kontra.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...