Wednesday, 13 May 2015

Apsal Dengan Nik Abduh Ni?


Apsal Dengan Nik Abduh Ni? Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz kesal dengan tindakan Lim Kit Siang berceramah menolak hudud di negeri itu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

"Bagi saya nak mari tidak apa, dia boleh bercakap tentang apa-apa sahaja isu negara seperti GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan lain-lain.

"Tetapi tidak manislah bercakap tentang sesuatu yang bercanggah dengan hasrat dan usaha kerajaan negeri sejak sekian lama.

"Dia sebagai tetamu sepatutnya menghormati tuan rumah, suasana dan masyarakat di Kelantan," kata timbalan ketua Pemuda PAS itu.

Apsal Dengan Nik Abduh Ni? 

Nik Abduh berkata demikian ketika mengulas majlis dihadiri penasihat DAP itu yang didakwa menolak hudud dalam ucapannya di Padang Perdana, Kota Baru pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, Utusan tidak menyatakan butiran kenyataan Lim.

Menurut Nik Abduh, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup.

"Jika ada Nik Abdul Aziz, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama Kit Siang ke Kota Baru untuk berceramah menolak hukum Allah," katanya, dipetik dalam kiriman Facebook.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah enggan mengulas kehadiran Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada ceramah itu, lapor Utusan.

"Mungkin timbalan presiden tak menduga Kit Siang hendak cakap begitu," akhbar itu dipetik.




Addin:

Betul ke kenyataan ini dari Nik Abduh?




Iklan B (ii)
















No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...