Friday, 29 May 2015

Berita Terkejut Hari Ini?


Apa Tak Kena Dengan Presiden 1MDB Ni? Portal pemberi maklumat Sarawak Report berbohong mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan memberikan "maklumat palsu dan dakwaan tidak berasas langsung" mengenai penyata bank dana pelaburan strategik negara yang sarat dibebani hutang itu, kata Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, hari ini.

Sarawak Report baru-baru ini menerbitkan posting mengatakan Arul menyediakan kenyataan palsu kepada Bank Negara Malaysia mengenai wang tunai 1MDB di bank swasta Swiss BSI di Singapura.

1MDB mempunyai hutang sebanyak kira-kira RM42 bilion tetapi Putrajaya berkata, asetnya yang berjumlah RM51 bilion boleh menampung jumlah itu.


"Ini satu pembohongan. Saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan begitu kepada Bank Negara.


"Untuk menyatakan sebaliknya adalah terang-terangan palsu dan tidak betul, begitu juga apa-apa dakwaan yang berdasarkan premis ini," kata Arul dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.

Arul merujuk kepada kerjasama 1MDB dengan pihak berkuasa mengenai akaunnya, mengulangi jaminannya sebelum ini siasatan akan memberikan jawapan kepada soalan mengenai urus niaga dan hutangnya.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semakan yang dijalankan pejabat ketua audit negara, dan berharap untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).


"Inkuiri ini, yang telus dan dibuat kedua-dua pihak, sepatutnya boleh menjawab soalan yang dikemukakan mengenai syarikat ini.

Apa Tak Kena Dengan Presiden 1MDB Ni?

"Kami meminta semua pihak menunggu hasil inkuiri bebas ini dan berhenti membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas buat waktu ini," katanya.

Sarawak Report melaporkan pada April, 1MDB mengeluarkan penyata bank palsu mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd, di BSI Bank di Singapura.

Memetik maklumat yang diterima, laman web itu berkata bank itu memberitahu Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dokumen itu bukan datang dari mereka.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dituduh berbohong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaburan yang ditebus, yang katanya dalam bentuk wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM4.08 bilion) pada Mac.

Najib, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Arul ketika diwawancara Business Times Singapura pada Februari mengakui wang tunai itu berada dalam akaun firma itu di BSI Bank.


Tetapi Najib dalam satu lagi jawapan bertulis Parlimen minggu lepas "mengubah" jawapannya sebelum ini, mengatakan pelaburan yang ditebus 1MDB itu berupa aset dalam bentuk dolar AS bagi tujuan mengimbangi liabilitinya yang juga dalam dolar AS.



Iklan B (ii)










No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...