Sunday, 24 May 2015

Akhirnya Pakatan Rakyat Akan Berpecah.. Ikuti Bukti Terkini


Akhirnya Pakatan Rakyat Akan Berpecah. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan hari ini partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP, lapor Astro Awani Online.

Hadi berkata, kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat susulan kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.


Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam Perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.


"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang seperti dilaporkan portal itu.

Akhirnya Pakatan Rakyat Akan Berpecah

Menurut ahli Parlimen Marang itu, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.Lim berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.


Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) yang dicadang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Hadi bekerjasama.

Lim menyifatkan Hadi sukar dikawal kerana mempunyai “kuasa veto” untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama PR.


Hadi sebelum ini menolak keputusan bersama PR untuk menyingkirkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan digantikan dengan Dr Wan Azizah.

Iklan B (ii)











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...