Wednesday, 20 May 2015

Adakah Doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor Menjadi Kenyataan?


Adakah Doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor Menjadi Kenyataan? Pada tahun 2000, Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS, pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

Apakah kini doa Al-Marhum mantan Dato' Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?Kebanyakan rungutan dan ketidak puashati yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dan berpunca serta asal usulnya datang dari Mahathir sendiri.

Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada media terutamanya media sosial dan blog untuk dihukumkan oleh masyarakat. 
Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya. 

Tidak mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau ketika berkuasa selama lebih 22 tahun.
Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara. Dari bersifat penikus sudah menjadi singa garang tidak gentar pada gertakkan serta ugutan nakal.

Adakah Doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor Menjadi Kenyataan?

Senarai salah laku Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari . Dato' Seri Najib Razak yang sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir atas sifat hormat dan bersikap budiman kenang jasa yang dianggap sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada parti dan negara, kini telah kian lantang membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir yang pasti membuat kedudukan Mahathir dikaca mata rakyat semakin dipandang serong dan sangsi.
Walaupun ada yang menyebelahi Mahathir dalam krisis kini untuk menjadi pembela namun ramai dari mereka sendiri turut terbabit dalam pelbagai kes yang bakal dibongkar itu. Dan mereka ini merupakan antara barisan utama dalam perbicaraan rakyat kini.
Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit  banyak yang kita boleh persoalkan.

Apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya.Dan dia akan terus dengan pembohongan demi pembohongan.


Iklan B (ii)











2 comments:

  1. mmg betul..tp ada pemimpin pas yg nak bergabung ngan umno..itu lg x paham..

    ReplyDelete
  2. Biaq pi lah mereka bergaduh kita tak yah kesah, bila depa penat depa berhentilah bergaduh.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...