Thursday, 14 May 2015

1MDB Makin Haru Biru.. Ini Buktinya


1MDB Makin Haru Biru.. Ini Buktinya. Selepas Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menafikan pembelian sukuk syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), PAS kini membangkitkan persoalan siapa sebenarnya pembeli sukuk bernilai RM579.2 juta 1MDB seperti didakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan di mana dana RM1.5 bilion yang dikeluarkan hasil jualan sukuk oleh 1MDB, yang mana RM920.8 juta disahkan pembeliannya oleh Lembaga Tabung Haji pada Februari 2014.

"Selepas penafian PNB, jadi siapa sebenarnya yang membeli Sukuk 1MDB? Dua hari lepas, Tabung Haji mengaku membeli sukuk Bandar Malaysia terbitan 1MDB sebanyak RM920.8 juta pada Februari 2014.

"Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menafikan dakwaan ia terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1MDB bernilai RM1.5 bilion, jadi, siapa sebenarnya membeli sukuk 1MDB atau dalam erti kata meminjam duit kepada 1MDB? Apakah ia satu lagi badan berkanun kerajaan atau pihak asing?" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

"Namun persoalannya mudah, ialah di manakah duit RM1.5 bilion ini hasil jualan sukuk ini sekarang?"

Rafizi semalam mendedahkan, memandangkan Tabung Haji mengaku membeli sukuk bernilai RM920.8 juta, ia bermakna PNB "meminjamkan" wang kepada 1MDB melalui pembelian selebihnya, iaitu RM579.2 juta.

1MDB Makin Haru Biru.. Ini Buktinya

Akhbar The Star sebelum ini turut melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

"Begitu juga dengan duit hutang RM3.5 bilion yang dipinjam daripada 6 bank yang diketuai Deutsche Bank, di manakah duit RM3.5 bilion ini sekarang?" soal Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, tidak dinafikan banyak perkara yang di dalam 1MDB menimbulkan seribu satu persoalan dan transaksi melibatkan 1MDB amat merumitkan.

"Tetapi segalanya itu boleh dirangkum dalam satu persoalan yang mudah – di manakah duit 1MDB sebanyak RM42 bilion yang dipinjam daripada merata tempat ini sekarang kerana Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) yang diwar-warkan masih jauh daripada direalisaikan?" soalnya.

PNB hari ini menafikan dakwaan terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1MDB  bernilai RM1.5 bilion.

"PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB," kata pengurus aset terbesar negara itu dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan status suntikan oleh Putrajaya dalam bentuk “standby credit” RM950 juta ke dalam 1MDB yang diperakui Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Mac 2015.

"Di manakah duit RM950 juta itu sekarang? Bagaimana pula dengan duit untung RM188.5 juta yang diperolehi daripada penjualan tanah TRX kepada Tabung Haji baru-baru ini? Di manakah duit ini sekarang?" soalnya.

"Diharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Penasihat 1MDB boleh menjawab persoalan ini," katanya.

Iklan B (ii)
















2 comments:

  1. 1MDB sengaja membuat banyak hutang supaya PR tidak teringin pun untuk mengambil alih pentadbiran negara. Jika PR mengambil alih pentadbiran negara dalam keadaan negara banyak berhutang, ia akan memeningkan kepala pemimpin PR itu nanti untuk menanggung tanggungjawap menyelesaikan hutang2 tersebut. Dengan itu, UMNO/BN berharap akan kekal menerajui negara dan terus melanun dulu kini dan selamanya. Keperitan rakyat hanya dipersetankan shj oleh syaitan yg dikenali ini.

    ReplyDelete
  2. tanya lah dalam dewan rakyat nanti Tuan Ibrahim...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...