Thursday, 23 April 2015

Berita Memeranjatkan Buat Ahli Dan Penyokong PAS


Tuan Guru Haji Hadi Buat Kejutan Lagi.  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika bercakap dalam forum ‘Hudud dari Kaca Mata Hadi’ di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor, hari ini. Beliau menghormati keputusan akar umbi PAS jika ingin memboikot kempen PKR di Permatang Pauh. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghormati keputusan akar umbi PAS yang dilaporkan akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak hudud.

Bagaimana pun katanya, beliau yakin pendirian itu tidak menjejaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR)."Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh.

Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi pada satu program Bicara Minda & Sesi Dialog di Shah Alam hari ini yang bertajuk 'Hudud dari Kaca Mata Hadi'.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang mahu memboikot kempen PKR di sana.

Tuan Guru Haji Hadi Buat Kejutan Lagi


Sebelum ini, PAS Permatang Pauh juga memberi amaran boikot itu akan memberi kesan kerana sebahagian besar pengundi di Permatang Pauh adalah ahli PAS.Kenyataan Hadi itu bagaimanapun berbeza dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada 20 April lalu.

Mustafa menjelaskan PAS Pusat muktamad menyokong pencalonan PKR di Permatang Pauh dan sebarang keputusan di peringkat atas mengatasi keputusan yang dibuat di peringkat akar umbi.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan sebelum ini menegaskan PKR hanya akan memperoleh sokongan mereka  menarik balik kenyataan menolak hudud.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh ialah pada 25 April, manakala pengundian jatuh pada 7 Mei.

Sumber

Iklan B (ii)













3 comments:

  1. anda menilai kata-kata beliau diluar konteks. sila lihat dalam harakah. jangan jadi batu api dan tukang sebar fitnah. tag anda untuk bercakap benar . tapi ini spin kenyataan orang kerana kebencian anda kepadanya.

    ReplyDelete
  2. Itulah natijah terhadap PKR dan DAP bila melanggar prinsip " bersetuju untuk "tidak Bersetuju" .

    ReplyDelete
  3. pi mai pi mai tak habis bertelagah sesama kaum sendiri.Bangsa lain dok tunggu nak tepuk tgn saja...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...