Saturday, 11 April 2015

Sirul Azhar Belasah Siapa Pulak Ni?


Sirul Azhar Belasah Siapa Pulak Ni? Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu merayu kepada semua pihak supaya menghormati kedudukannya sebagai tahanan Imigresen Australia yang perlu mematuhi undang-undang negara itu, bukan mengheretnya dalam kancah politik.

Peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican berkata, anak guamnya itu telah menghubunginya pada Khamis dan meminta seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasibnya agar "benar-benar melindungi kepentingannya".

"Dia mohon dan merayu kepada semua pihak tak kira ahli politik, pembangkang dan orang ramai yang prihatin serta simpati dengannya supaya bertimbang rasa dengan posisi undang-undang yang dihadapinya sekarang dan menghormati kedudukannya.

"Jika benar-benar mahu melindungi kepentingannya, dia minta supaya berhenti mengheret kes ini ke kancah politik atau ke dalam apa jua bentuk kancah sekali pun. Dia minta biarlah kes ini dikendalikan oleh proses undang-undang," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Sirul Azhar Belasah Siapa Pulak Ni? 

Kata Hasnal lagi, menerusi perbualan telefon dengan Sirul, bekas komando itu tetap dengan pendirian untuk kekal di negara itu terutama selepas dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh model Mongolia itu.

Justeru katanya, Sirul telah dinasihatkan oleh dua peguamnya di Australia bahawa proses undang-undang yang sedang dilaluinya untuk membolehkan beliau kekal di negara itu mungkin terjejas dengan kenyataan-kenyataan yang merujuk kepada dirinya.

Pada Rabu, ibu Sirul dan bapa saudaranya mengadakan pertemuan tertutup dengan Dr Mahathir di bangunan Yayasan Perdana di Putrajaya yang diatur oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Selepas mengatur pertemuan itu, Mahfuz merancang untuk memberi ruang kepada Sirul bercakap sendiri dan menceritakan segala-galanya dengan Dr Mahathir menerusi telefon pula.

Mahfuz berkata, beliau percaya tindakan itu boleh memberi tekanan supaya siasatan semula dapat dilakukan terhadap kes berprofil tinggi itu.

Sirul dan bekas rakan sepasukannya dalam Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri, disabitkan kesalahan pada 13 Januari tahun ini, atas dakwaan membunuh Altantuya di Shah Alam, pada 2006.

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul tanpa kehadirannya kerana dia ketika itu berada di Australia.




Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...