Thursday, 2 April 2015

Memalukan!! Selepas 7 Tahun 3 Bulan.. Akhirnya Baru Siap


Selepas 7 Tahun 3 Bulan.. Akhirnya Baru Siap. Pembinaan Hospital Shah Alam (HSA) yang tertangguh sejak 2010 siap sepenuhnya dan dijangka beroperasi secara berperingkat mulai Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun hadapan.

Beliau berkata pembinaan hospital itu diambil alih kontraktor baharu iaitu Gadang Engineering (M) Sdn Bhd daripada kontraktor asal Sunshine Fleet Sdn Bhd yang gagal menyiapkan bangunan tersebut sejak 2007.

"Setelah pembinaan selama tujuh tahun empat bulan, maka pada penghujung Jun ini Kementerian Kesihatan Malaysia dijangka akan menerima bangunan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen hari ini.

Selepas 7 Tahun 3 Bulan.. Akhirnya Baru Siap

Mengulas mengenai kontraktor, Nur Jazlan berkata kerajaan telah bertindak menyaman syarikat berkenaan sebanyak RM68.25 juta kerana kos yang perlu ditanggung dalam tempoh projek itu terbengkalai.

"Syarikat tersebut menerima projek itu pada November 2007 dan sepatutnya siap dalam masa tiga tahun. Namun pada September 2010, Jabatan Kerja Raya telah menamatkan kontrak tersebut dan pada waktu itu hanya 27 peratus dengan perbelanjaan RM139.9 juta yang siap," katanya.

Beliau berkata, kegagalan syarikat asal menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan berkemungkinan disebabkan mereka kurang mahir dalam pembinaan bangunan hospital.



Iklan B (ii)











1 comment:

  1. Ha ha... negara maju tahun 2020, bina bangunan siap tak ikut jadual... barangkali berapa lama pula Malaysia tertangguh untuk menjadi negara maju.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...