Sunday, 19 April 2015

Berita Mengejutkan Dari Permatang Pauh


Anak Anwar Bukan Calon PRK Permatang Pauh. Nurul Nuha Anwar hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan beliau akan bertanding mewakili PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh bulan depan, tetapi berjanji akan hadir ketika kempen parti itu nanti.

"Tidak," kata anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim itu apabila ditanya sama ada beliau akan dinamakan sebagai calon untuk kerusi yang kosong selepas penyandangnya, iaitu bapanya, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun susulan sabitan kes liwat.

Nurul Nuha, 31, berkata, beliau akan turut berkempen demi untuk bapanya, yang merupakan ketua umum PKR.

Anak Anwar Bukan Calon PRK Permatang Pauh

"Adik-beradik saya di sana sekarang untuk membantu berkempen. Saya akan pergi selepas ini. Saya mesti pergi. Ia kerusi bapa saya. Permatang Pauh penting," katanya ketika ditemui semasa kayuhan basikal #KitaLawan di Kuala Lumpur petang ini.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh ditetapkan pada 7 Mei, dengan penamaan calon pada 25 April. PKR dijangka mengumumkan calonnya sehari sebelum itu.

Keluarga Anwar memohon pengampunan diraja daripada Agong untuk membebaskan Anwar tetapi petisyen permohonan itu ditolak, menyebabkan pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.


Iklan B (ii)













No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...