Monday, 20 April 2015

Bongkar!! Akhirnya Rahsia Umno Terbarai Lagi..


Rupanya Ini Taktik Umno Semata Mata. Sebarang cubaan merosakkan hubungan antara sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah kerja Umno, yang bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada perbalahan berterusan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak, kata PKR hari ini.

Naib presidennya Tian Chua berkata, kerajaan Selangor, di bawah pentadbiran Menteri Besar Mohamed Azmin Ali "kuat dan stabil".Beliau berkata, berita mengenai kononnya terdapat rancangan membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali menerajui Selangor dibuat bagi mewujudkan syak wasangka dan memecah belahkan gabungan itu.

Ini kerana, kata ahli Parlimen Batu itu, memandangkan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Rompin akan diadakan bulan depan."Tidak masuk akal untuk melayan berita sebegitu. (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) dan Khalid tidak berniat menjejaskan kestabilan kerajaan Selangor di bawah Azmin," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengulas laporan sebuah portal mengatakan wujud pertemuan rahsia di antara bekas menteri Selangor itu dan Hadi di Jakarta baru-baru ini.Tian Chua berkata, Hadi sangat menyokong pentadbiran negeri ketika ini manakala Khalid tiada niat langsung untuk kembali menjadi menteri besar.

"Kerajaan PR di Selangor, di bawah Azmin, kukuh dan stabil. Tiada apa hendak dibimbangkan," katanya.Beliau percaya cerita itu juga sengaja direka bagi mengalihkan perhatian daripada pertikaman lidah yang berterusan antara Dr Mahathir dan pemimpin Umno yang rapat dengan Najib.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu secara terbuka menyerang Najib sejak minggu lepas, menggesa beliau meletak jawatan susulan beberapa perkara seperti skandal 1Malaysia Development Berhad, isu Bantuan Rakyat 1Malaysia dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Tetapi, kritikannya mendorong pemimpin Barisan Nasional (BN) berdiri teguh di belakang Najib dan sebahagian daripada mereka malah mengecam Dr Mahathir.Umno akan menghadapi dua pilihan raya kecil - di Permatang Pauh menentang PKR dan di Rompin menentang PAS.

Hubungan antara parti dalam PR-PAS, PKR dan DAP - tegang selepas pihak Islam itu dan Hadi membuat keputusan untuk terus memperkenalkan hudud di Kelantan.Pada Jumaat, portal berita SuaraTV melaporkan, Hadi ingin mengembalikan semula Khalid yang selama ini disokongnya sejak krisis menteri besar Selangor tahun lepas.

Rupanya Ini Taktik Umno Semata Mata

Memetik sumber, SuaraTV berkata, Khalid dan Hadi bertemu di Jakarta untuk membincangkan rancangan bagaimana ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu boleh menggantikan Azmin.

Bagaimanapun, Khalid menulis di Facebooknya mengatakan pertemuan mereka di Jakarta, yang turut disertai badan bukan kerajaan Islam , bertujuan memperkukuh hubungan Malaysia dengan kumpulan tersebut di republik itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad juga menolak laporan itu sebagai satu percubaan memburuk-burukkan nama Hadi menjelang muktamar agung parti Jun ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, ahli parti boleh membezakan antara berita palsu dan berita benar.PKR memecat Khalid Ogos lalu selepas beliau enggan meletak jawatan sebagai menteri besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Beliau kini merupakan wakil rakyat Bebas.





Iklan B (ii)













No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...