Tuesday, 28 April 2015

Rupanya Ada Pemimpin Kanan Umno Yang Mahu Singkirkan Najib.. Ini Buktinya?


Rupanya Ada Pemimpin Kanan Umno Yang Mahu Singkirkan Najib.. Ini Buktinya? Beberapa pemimpin Umno mula menyebarkan maklumat mengenai syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mengelakkan berlaku lebih banyak kerosakan terhadap kewangan kerajaan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini.

Melalui blog miliknya, bekas ketua pengarang akhbar New Straits Times itu berkata, beliau terkejut apabila mendapati baru-baru ini dokumen 1MDB dilihat pemimpin Umno yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan maklumatnya dikongsi untuk cuba membersihkan imej syarikat tersebut.

"Saya terkejut apabila beberapa hari lalu, beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk menteri, yang sebelum ini menyokong perdana menteri, memberitahu saya kisah berbeza.

"Seorang daripada mereka berkata, pernah melihat dan meneliti dokumen 1MDB, serta berkongsi maklumat itu dengan anggota parti untuk memastikan tiada lagi kerosakan dilakukan kepada kewangan kerajaan dan mereka yang bersalah akan dipertanggungjawabkan," kata Kadir dalam blog miliknya, kadirjasin.blogspot.com.

Beliau berkata demikian sebagai tanda, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersendirian dalam cubaannya untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.

Rupanya Ada Pemimpin Kanan Umno Yang Mahu Singkirkan Najib.. Ini Buktinya?

Dr Mahathir semakin kerap menyerang Najib, selain membangkitkan isu 1MDB yang kini dibebani sejumlah RM42 bilion hutang, beliau turut membangkitkan isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Melalui blognya, Kadir turut berkata, 1MDB seharusnya berpeluang memberikan penerangan berkenaan perjanjian perdagangannya ketika pertemuan pelabur di ibu negara baru-baru ini, namun syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri.

"Jika lembaga penasihat, pengarah dan pengurusannya begitu pasti berkenaan modus operandi dan ketelusan mereka, mereka sepatutnya hadir sidang berkenaan," katanya, merujuk kepada forum Invest Malaysia 2015 yang berlangsung pada 23 April lalu.

Pengerusi Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak juga menyuarakan rasa kecewa susulan kegagalan 1MDB hadir dalam forum berkenaan.

Nazir, yang merupakan adik kepada Najib berkata, kegagalan syarikat berkenaan menghadirkan diri "tidak membantu" dan hanya menambah persepsi negatif terhadap skandal yang membelenggu 1MDB.

"Kami menjemput 1MDB tetapi mereka menolaknya. Mereka enggan turut serta. Saya kecewa kerana saya fikir mereka mempunyai elemen penting dalam Invest Malaysia, memandangkan isu berkenaan hangat diperkatakan.

"Penting untuk kami mengetahuinya. Keseluruhan isu 1MDB ini, lebih awal ia dijelaskan, lebih baik untuk semua orang. Bila isu dibiarkan, orang akan menjangkakan yang terburuk," kata Nazir.



Iklan B (ii)













3 comments:

  1. PERLU INGAT LAH PENULIS NI.PARTI PENGKHIANAT UGAMA,BANGSA DAN NEGARA.TAK PAYAH LAH NAK CARI MAKAN TAK PAYAH LAH CERTA NAK JATUH ORANG NAK NAIKAN ORANG

    ReplyDelete
  2. Aku rasa ko pon takyah berbual,....

    ReplyDelete
  3. Yg mentekedarah duit rakyat lg besar penghinaan nya..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...