Wednesday, 22 April 2015

Rosmah Pasti Terkedu Dengan Pendedahan Ini?


Rosmah Pasti Terkedu Dengan Pendedahan Ini? Kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai gaya hidup ‘mewah’ Datin Seri Rosmah Mansor tidak mendapat tempat semua akhbar berbahasa Melayu dan kebanyakan akhbar harian berbahasa Inggeris.

Kenyataan Dr Mahathir dalam blognya itu hanya dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Sun dan akhbar Cina.

Sejak 2 April lalu, Dr Mahathir mengulangi desakannya supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Antaranya, isu motif di sebalik pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu, peranan Jho Low dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pembelian jet baru kerajaan yang mewah dan sumber kekayaan Najib.

Rosmah Pasti Terkedu Dengan Pendedahan Ini? 

Menulis di blognya semalam, Mahathir meneruskan siri serangannya dengan berkata terdapat banyak perkara mengenai tingkah laku Najib yang "tidak betul".

“Tetapi saya sedia mengabaikannya, termasuk gaya hidup mewah dia dan isterinya,” tulisnya dalam blognya chedet.cc.

Kenyataan itu dipercayai yang pertama dibuat seorang tokoh utama dalam parti pemerintah mengakui Najib dan Rosmah menjalani hidup mewah.



Iklan B (ii)













1 comment:

  1. Biarlah PM dan isteri dan keluarganya hidup mewah. Apa salahnya... tetapi selagi beliau tidak menyalahgunakan wang rakyat. Tak perlu nak hairan kalau dorang ada wang. Kalau dorang mewah dengan wang rakyat, bukan dorang aje yang salah. Pengundi dan pemilih juga salah. Pegawai-pegawai yang meluluskan pun salah.... bukan PM dan Isteri aje yang salah. Menteri-menteri yang biarkan pun salah... Kalau dia salah buat laporan dan dakwa di mahkamah... ini cakap-cakap dari jauh aje...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...