Wednesday, 1 April 2015

Punca Sebenar Pengarang TMI Ditahan Polis Tersebar


Punca Sebenar Pengarang TMI Ditahan Polis Tersebar.  Seorang wakil rakyat DAP menyifatkan tangkapan mengikut Akta Hasutan yang melibatkan eksekutif The Edge dan pengarang The Malaysian Insider (TMI) sebagai "cubaan yang tidak berapa berjaya" pihak berkuasa bagi menekan media supaya berhenti daripada terus mengeluarkan laporan mengenai rasuah dan skandal kewangan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya sekiranya tindakan itu sebenarnya berkaitan laporan TMI dan The Edge mengenai skandal, termasuk menyentuh 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dana pelaburan strategik yang dimiliki kerajaan.

"Mereka memainkan peranan penting menghubungkan semua fakta relevan berkenaan bagaimana 1MDB mengumpul sejumlah RM42 bilion hutang dalam masa 5 tahun dan mengetengahkan penipuan yang terlibat, menyebabkan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu tidak mampu walaupun untuk melunaskan khidmat bayaran hutangnya.

Punca Sebenar Pengarang TMI Ditahan Polis Tersebar

Laporan itu mendedahkan dakwaan wujud salah urus dan salah laku kewangan dalam firma itu dan melibatkan taikun perniagaan Jho Low (Low Taek Jho), yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

TMI juga memetik pendedahan dibuat laman web pemberi maklumat Sarawak Report berhubung 1MDB, termasuk baru-baru ini mengenai pertukaran emel antara syarikat itu dengan Low dan PetroSaudi.

Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP, berkata pendedahan itu boleh mengakibatkan kerosakan teruk terhadap reputasi Najib dan mengancam kedudukannya.


Iklan B (ii)











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...