Monday, 6 April 2015

Pendedahan Ini Menggemparkan PAS.. Saksikanlah


Pendedahan Ini Menggemparkan PAS. Dua bulan lagi menuju Muktamar PAS ke-61 yang dianggap paling panas, antara punca PAS berpecah kini mula disedari dengan terdedahnya satu persatu hala tuju laman-laman Facebook 'hantu' tanpa nama yang menyerang dan melaga-lagakan pimpinan PAS.

"Saya yakin, musuh PAS adalah di sebalik mereka ini," kata AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, salah seorang yang menjadi mangsa serangan laman Facebook hantu ini.

Mula-mulanya El-Haraki, lepas itu Tuc Tok Usin Ceroi dan kini Keli Laut. Kesemuanya laman Facebook yang tidak diketahui siapa pemiliknya, tetapi sangat aktif menyerang dan melaga-lagakan pimpinan PAS dari Pusat, negeri dan kini ke peringkat kawasan menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini.

Akaun Facebook Keli Laut membuat posting minggu lalu kononnya berlaku kekecohan menjelang mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS kawasan Selayang.

Modus operandi laman ini sama saja seperti El-Haraki dan Tuc Tok Usin Ceroi, iaitu akaun tanpa dikenali tuannya dan menyerang sebahagian pemimpin PAS yang tidak disukai mereka.

Laman ini menyerang dengan jelas Ketua Pemuda PAS Selayang Fauzan Mazlan serta adik beradiknya yang aktif dalam PAS di samping menyerang Yang di-Pertua PAS Selayang Zaidy Talib yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

Pendedahan Ini Menggemparkan PAS

"AGM Dewan Pemuda PAS Selayang:: Panas panas panas!!!!! Menggunakan YB Zaidi untuk mempengaruhi Pengerusi JK Pemilihan negeri untuk membolehkan orang tak layak bertanding untuk bertanding," tulis Keli Laut dalam laman Facebooknya.

Sehingga kini sekurang-kurangnya 10 posting dibuat Keli Laut berhubung apa yang berlaku dalam PAS Selayang.

Sebelum ini, El-Haraki menyerang Mujahid dan lain-lain rakannya, termasuk Datuk Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan lain-lain lagi dengan berselindung sebagai penyokong kepimpinan ulama.

Tuc Tok Usin Ceroi pula melabelkan kesemua pemimpin ini sebagai 'jebon' dengan satu alasan sahaja, iaitu kononnya mereka tidak bersama menyokong kepimpinan ulama yang diketuai presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang terkini Mohamad Sabu, timbalan presiden dan Datuk Mustafa Ali, setiausaha agung PAS menjadi sasaran Tuc Tok Usin Ceroi.

Bagi Mujahid, kalau El Haraki berperanan di peringkat nasional, Tok Usin di peringkat negeri, kini Keli Laut bermain di peringkat kawasan yang menjelaskan siapakah sebenarnya orang di belakang laman-laman hantu ini, kata Mujahid kepada The Malaysian Insider.

"Bagi saya, ini kerja musuh. Perpecahan dalam PAS sekarang bukan semata-mata kerana perbezaan pendapat termasuk isu hudud, kerana kita sudah lama berbeza pendapat dalam banyak isu tetapi tidak pernah berpecah.

"Tetapi suasana kemusnahan ini pasti ada tangan-tangan lain yang ambil kesempatan," kata Mujahid  mengulas isu ini.

PAS mengalami krisis yang paling teruk dalam sejarahnya hatta dikatakan lebih teruk dari 1982 apabila presidennya Tan Sri Asri Muda terpaksa mengundurkan diri.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberi respon secara bertulis kepada pemilik akaun Facebook Tuc Tok Usin Ceroi dan meminta orang di sebalik akaun ini untuk datang ke depan jika dia benar-benar serius dalam dakwaannya terhadap Mohamad Sabu.

"Jawatankuasa Siasatan mengalu-alukan kesudian Tuc Usin Ceroi untuk tampil memberi kenyataan aduan terhadap audio klip yang disebarkan di Facebooknya dan tuduhan terhadap Timbalan Presiden PAS.

"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa menunggu kedatangan Tuc Usin Ceroi ke Pejabat Agong PAS secepat mungkin.

"Beliau boleh menghubungi saya secara terus atau Khairul Faizi, selaku Penolong Setiausaha Agung dan setiausaha jawatankuasa siasatan untuk menentukan masa beliau yang sesuai untuk menghadirkan diri," kata Mustafa dalam kenyataan yang ditujukan kepada Tuc Usin Ceroi itu.

Sebelum ini, Tok Usin mendedahkan satu rakaman audio kononnya ia suara Mohamad Sabu yang sedang merancang strategi untuk menjatuhkan Hadi.

Namun jawatankuasa siasatan yang diketuai Mustafa dikatakan tidak mahu membuat sebarang siasatan mengenainya melainkan ada aduan rasmi atau pemilik akaun laman Facebook itu sedia ke hadapan dengan berjumpa beliau atau penolongnya, Khairul Faizi.

Melihat kepada semua senario ini, Mujahid berpendapat mangsa sebenar permainan laman-laman Facebook hantu ini adalah ahli PAS yang tidak tahu apa-apa tetapi terpengaruh dengannya kerana mereka ini berselindung di belakang pemimpin PAS dan kepimpinan ulama.

"Yang menjadi mangsa adalah ahli PAS yang jujur dan ikhlas kerana mereka pertaruhkan ulama termasuk nama presiden sendiri.

"Ia cukup bahaya dan mereka menjadi mangsa kepada 'keyboard warior' ini sedangkan orang di belakang mereka sebenarnya pelaksana kepada tuan-tuan mereka yang mahukan PAS berpecah," kata Mujahid.



Iklan B (ii)











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...