Friday, 10 April 2015

Patutlah Mahathir Serang Najib Secara Terbuka.. Ini Puncanya?


Patutlah Mahathir Serang Najib Secara Terbuka.. Ini Puncanya? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Mohamad berkata, Tun Dr Mahathir pernah meminta beliau melaksanakan projek 'jambatan bengkok' untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura.

Najib berkata, pemintaan itu disuarakan oleh Mahathir dalam satu perbincangan sebelum ini, sebelum perdana menteri keempat itu melancarkan serangan terbuka ke atasnya.

Katanya, Mahathir juga tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah

“Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini.

“Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini,” katanya.

Patutlah Mahathir Serang Najib Secara Terbuka.. Ini Puncanya? 

Najib dalam wawancara khas yang dipancarkan melalui stesen televisyen berkata, isu berkenaan dibangkitkan dalam pertemuannya di kediaman Mahathir.

Dalam pertemuan itu juga, Mahathir tidak menyoal mengenai kes berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu secara khusus, kata Najib.

Menurut Najib, selepas itu barulah Mahathir melancarkan serangan terbuka kepadanya, yang dikesan “semakin sengit” sejak beberapa minggu lalu.




Iklan B (ii)












3 comments:

  1. Tulah masalah madey ni.Dlm pada nk buat benda yg baik, ada pulak tersirat niat tak baik.. demi kepentingan diri dia jugak. Mcmana Malaysia ni nk diselamatkan?. Sama2 tamak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jambatan dan jet mana mustahak....

      Delete
  2. Tau tak kenapa beria-ia sangat Tun M nak buat jambatan bengkok tu? Kalo xtau sila google dan cari info..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...