Wednesday, 29 April 2015

Patutlah Gambar Najib Tiada Di PRK Permatang Pauh.. Ini Puncanya?


Patutlah Gambar Najib Tiada Di PRK Permatang Pauh. Ketiadaan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada poster Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bukan satu isu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Beliau berkata, apa yang lebih penting ialah calon Umno Suhaimi Sabudin yang ditonjolkan dalam poster parti di kawasan Parlimen itu.

“Tidak kisah wajah siapa yang ditayangkan di atas poster. Apa yang penting ialah gambar calon.

“Perdana menteri tidak bertanding, malah saya pun tidak bertanding, wajah saya tidak ada atas poster,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan projek menaik taraf bernilai RM400 juta di Hospital Seberang Jaya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berhubung persoalan timbul mengenai tiada gambar Najib dalam bahan kempen di Permatang Pauh.

Patutlah Gambar Najib Tiada Di PRK Permatang Pauh

“Adakah ini petunjuk ahli Umno bersetuju dengan Dr Mahathir yang Najib patut pergi?,” katanya.

Sim juga mempersoalkan jika ia adalah petanda sejarah akan berulang lagi dengan perdana menteri berundur tidak lama selepas pilihan raya kecil di Permatang Pauh, atau sama ada Najib kini menjadi liabiliti atau “toksik” kepada partinya, susulan banyak kritikan terhadap pentadbirannya, terutama daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika ditanya sama ada serangan Dr Mahathir terhadap Najib mempengaruhi kempen BN di Permatang Pauh, Muhyiddin berkata fokus patut diberikan kepada isu rakyat dan soalan yang lebih relevan kepada pengundi


Iklan B (ii)













No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...