Tuesday, 28 April 2015

Nurul Izzah Dedah Rahsia SPR?


Nurul Izzah Dedah Rahsia SPR? Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei nanti adalah bukti badan pengendali pilihan raya itu bersikap partisan, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, cadangan untuk membenarkan banduan mengundi dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri pada 2013.

"Jelas menunjukkan sikap SPR yang partisan! Cadangan datang dari KDN pada Julai 2013. 


"Malang sikap SPR yang tidak profesional bukan sahaja melenyapkan cadangan lestari tapi memberi justifikasi SPR bertindak demi kepentingan Umno - BN," katanya, melalui kiriman pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Insider. 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider malam tadi berkata, Anwar tidak layak mengundi dalam pilihan raya kecil itu. 

Nurul Izzah Dedah Rahsia SPR?

"Tak layak di bawah Perkara 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan," kata Aziz, ketika ditanya berkenaan perkara itu. 

Perkara 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: "Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan."

Izzah sebelum ini menggesa agar SPR membenarkan bapanya, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh untuk mengundi dalam PRK Permatang Pauh.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga ibu kepada Izzah adalah calon Pakatan Rakyat (PR) di kerusi itu. 

Kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini dimenangi Anwar, namun hukuman penjara berkenaan menggugurkan beliau sebagai wakil rakyat, apabila permohonan pengampunan yang dikemukan keluarganya kepada Lembaga Pengampunan ditolak.

"Nyata mekanisma rakyat dipenjara mengundi yang disebut sebelum ini oleh Menteri Dalam Negeri masih belum diluluskan seperti yang disahkan SPR.

Nurul Izzah Dedah Rahsia SPR?

"Oleh itu diharap proses ini disegerakan demi demokrasi, hal ini penting demi kredibility SPR," kata Izzah.

Izzah semalam turut menyeru agar kerajaan Persekutuan melaksanakan rancangan membenarkan banduan mengundi.

Beliau berkata, rancangan untuk membenarkan banduan menggunakan hak mereka untuk mengundi dalam pilihan raya sudah wujud sejak 2013. 

Beliau berkata, pada Jun 2013, kementerian dalam negeri merancang merangka mekanisme untuk membenarkan mereka yang dipenjarakan untuk mengundi.

Beliau juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah berkata, perbincangan masih dijalankan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti pihak polis dan SPR untuk membenarkan banduan mengundi.

“Saya mengalu-alukan langkah tersebut dan mencadangkan supaya Pilihan Raya Permatang Pauh dijadikan tapak projek pertama, membenarkan banduan politik nombor satu Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengundi.

“Bukankah jangka masa lebih dari setahun cukup untuk mencari mekanisme undang-undang yang selari dengan Akta Penjara dan Perlembagaan Persekutuan?” katanya. 



Iklan B (ii)













2 comments:

  1. kalau dsai dibenarkan, banduan lain juga perlu diberi pelepasan.

    ReplyDelete
  2. Jika Anuar tak layak mengundi, Abd Aziz lagi tak layak jadi pengerusi SPR . faham?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...