Thursday, 16 April 2015

Najib Makin Tergugat,, Ini Buktinya?


Najib Makin Tergugat,, Ini Buktinya? Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilihat menerima sokongan dan stabil kini mulai tergugat apabila ahli perniagaan, Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low bersuara, kata bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin. 

Lebih dikenali dengan panggilan Zam, bekas wartawan itu berkata, perkara itu berlaku apabila Jho Low menuduh Umno menjadi dalang dalam skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Gambaran Najib berada dalam keadaan stabil dan kuat dengan sokongan dalam parti dan luar parti, tergugat dan meruncing semula apabila ahli perniagaan terkemuka Jho Low menuduh Umno menjadi dalang yang memutar belitkan isu 1MDB yang menyebabkannya dianggap sebagai punca skandal.

"Jho Low menuduh ini dilakukan oleh ahli-ahli putar belit Umno," katanya di dalam blognya zamkata.blogspot.com semalam.

Dalam artikel bertajuk, "Kedudukan Najib meruncing semula dan semakin tertekan", Zam berkata, tindakan Jho Low itu membangkitkan kemarahan Ketua Pemuda Umno, yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta beberapa kepimpinan lain Umno yang sebelum ini mengikrarkan taat setia kepada Najib. 

"Mereka mahu Jho Low disiasat," kata Zam. 

"Dengan Najib dan keluarganya diketahui sebagai bersahabat baik dengan tokoh perniagaan besar ini yang juga dikenali sebagai kaki berpoya-poya, maka pertanyaan Dr Mahathir siapakah orang ini yang menjadi penasihat kepada 1MDB menambah kredibiliti keyakinan dan sokongan kepada Dr Mahathir yang mendakwa berjuang seorangan," katanya. 

Najib Makin Tergugat,, Ini Buktinya? 

"Malah lebih buruk lagi hari ini (semalam) bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyokong tuntutan Dr Mahathir supaya siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dibuka semula."

Zam berkata, perkara itu jelas menunjukkan tekanan semakin hebat mulai dirasakan Najib di samping sokongan yang ditunjukkan banyak pihak kepadanya. 

Dr Mahathir juga pada Isnin mengakui dirinya bersendirian dalam mengkritik pentadbiran Najib. 

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah? Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya?

“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik,” katanya menerusi blognya, chedet.cc.

Dr Mahathir dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib serta mempersoalkan tadbir urus kerajaan termasuk menyentuh isu membabitkan syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, 1MDB, serta isu Altantuya. 

Susulan kritikannya, pemimpin Umno dari semua peringkat menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas penjawat awam kanan kerajaan. 

Anak kepada Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, turut tidak terlepas daripada tekanan dan digesa menyuarakan pendiriannya terhadap kepimpinan dan pentadbiran Najib.

Ketika bapanya semakin rancak mengkritik perdana menteri itu, Mukhriz berkata, Umno Kedah akan membuat keputusan sama ada menyokong Najib atau tidak pada satu mesyuarat 24 April ini. 

Dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, yang menggesa beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah, Mukhriz menyifatkan wakil rakyat itu terlalu ghairah dalam mengeluarkan kenyataan. 

"Kami bersetuju sesama kami, jangan ada apa-apa kenyataan (sebelum 24 April). Kami hendak satu kenyataan bersifat konsensus dalam kalangan semua anggota Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.

"Nampaknya Ahmad agak ghairah sangat, dia keluarkan kenyataan sebelum kami keluarkan kenyataan rasmi," kata Mukhriz mengulas tindakan Ahmad memintanya meletak jawatan sekiranya gagal menyokong kepimpinan Najib.



Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...