Friday, 3 April 2015

Najib Terkedu Dengan Artikel Ini?


Najib Bengang Dengan Artikel Ini? Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melontarkan kritikan paling keras beliau terhadap Datuk Seri Najib Razak, mengatakan rakyat Malaysia tidak mempercayai perdana menteri itu dan meramalkan kejatuhan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14) sekiranya presiden Umno itu terus berkuasa.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu tahun lalu menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar mereka yang berbeza, menyatakan Najib harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14.

"Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula," tulis Dr Mahathir dalam blognya yang popular chedet.cc hari ini.

Dalam tulisannya yang panjang itu, bekas perdana menteri itu menyenaraikan pelbagai tuduhan yang dibuat terhadap Najib selama ini, dan mengatakan tiada satu pun antaranya yang dijawab dengan sempurna.

Dr Mahathir berkata ia termasuk pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan dakwaan yang dibuat salah seorang yang disabitkan membunuh, bekas komando Sirul Azhar Umar, yang merupakan bekas pengawal peribadi Najib.

Najib Bengang Dengan Artikel Ini?

Mengulas dakwaan Sirul yang beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya, Dr Mahathir berkata tuduhan seperti itu harus disiasat kerana Sirul pernah bekerja dengan Najib.

"Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh (dijatuhkan hukuman bunuh) kerana menjalankan arahan," tulisnya.

Dr Mahathir juga membangkitkan masalah dihadapi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menyoal apa perlunya Putrajaya memberikan persediaan kemudahan kredit hampir RM1 bilion kepada syarikat milik Kementerian Kewangan itu, tindakan syarikat itu membeli tanah kerajaan dan perjanjian diragui yang dimeterainya dengan syarikat yang tidak dikenali ramai, PetroSaudi International.

Beliau juga bertanya sumber kewangan anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli hartanah mewah di New York melalui ahli perniagaan Low Taek Jho.

Beliau juga tidak ketinggalan menyentuh mengenai jet peribadi yang dibeli untuk Najib, menyifatkan ia satu pembaziran kerana kerajaan sudah mempunyai pesawat lain yang boleh digunakan.

"Banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuhkan Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat, yang tidak dijelaskan atau dijawab selain daripada menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka.

"Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara," kata Dr Mahathir merujuk laporan media asing mengenai 1MDB dan Low.

Bekas perdana menteri itu juga berkata, tidak mudah baginya menulis semua yang dicatatkannya itu.

"Ramai juga ahli dan pemimpin Umno yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya.

"Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan negara saya terpaksa dedah semua ini.

"Saya belum nyanyuk walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyuk sebenarnya menipu diri.

"Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri."




Iklan B (ii)











3 comments:

  1. Kalaulah DS Najib melepaskan jawatannya, Tun ingat siapalah yang layak mengambil alih tugasnya, TS Muhyidin? DS Hishamuddin? or Tun maybe prefer Ku Li? Dato' Pa Jeli?

    ReplyDelete
  2. ARAHAN MEMBUNUH...Insp Azilah dan Kpl Sirul adalah anggota PDRM, orang awam tak boleh beri arahan kepada mereka melainkan yang berauthority seperti majikan mereka, Jabatan atau Kementerian berkaitan. Meraka berdua tak kenal dan tak ada kaitan dengan Altantuya, jalankanlah siasatan dengan professional,,,jangat ingat rakyat Malaysia bodoh.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...