Thursday, 9 April 2015

Bapa Sendiri Dedah Misteri Aidana Baizieva


Nahas Helikopter Semenyih, Misteri Aidana Baizieva Akhirnya Dirungkai. Ketika tersebar berita mengatakan anak perempuannya mungkin salah seorang penumpang dalam nahas helikopter di Semenyih, pada Sabtu, bapa mangsa, Aidana Baizieva sukar mempercayainya.

Itu adalah tragedi kedua menimpa keluarganya, selepas isterinya, ibu kepada Baizieva meninggal dunia dalam kemalangan keretapi pada 1998. Baizieva berusia 8 tahun ketika itu.

Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov hari ini berkata kepada The Malaysian Insider, bapa kepada penumpang malang itu kini masih cuba menerima hakikat tragedi berkenaan.

"Ya, kami maklumkan kepada keluarga di Kyrgyzstan... dia (bapanya) sudah dimaklumkan, tetapi sukar baginya menerima berita itu, sebaliknya percaya Baizieva masih hidup," katanya, yang enggan mendedahkan nama bapa mangsa itu.

Katanya, kedutaan bekerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti 6 penumpang helikopter tersebut dan setakat ini berkeyakinan DNA yang diambil milik Baizieva.

"Apa yang kami tahu ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 8 tahun dalam kemalangan keretapi di Kyrgyzstan. Sebab itu bapanya, tidak dapat menerima hakikat apa yang berlaku. Baizieva adalah anak tunggal," katanya.

Nahas Helikopter Semenyih, Misteri Aidana Baizieva Akhirnya Dirungkai

Sultanov berkata, kali terakhir bapanya menemui anak perempuannya itu 3 bulan lalu ketika melawatnya di Kuala Lumpur.

Setakat ini, berdasarkan maklumat yang diperolehi, Aidana Baizieva dipercayai mengenali juruterbang helikopter tersebut dan sedang mengambil latihan penerbangan bersamanya.

Beliau turut mengesahkan polis pergi ke apartmen mangsa di Pantai Dalam dan mengambil sampel rambut dan kuku untuk membantu siasatan.

"Semalam, polis ketika menjalankan siasatan di apartmennya ada menemui rekod menunjukkan dia sedang belajar asas penerbangan dan berminat menjadi juruterbang helikopter," katanya.

Beliau turut mengesahkan, kakak tiri Aidana Baizieva datang ke rumah mayat Hospital Kuala Lumpur semalam bersama pegawai kedutaan untuk proses pengecaman.

"Polis kini mahu melakukan ujian DNA, untuk memadankan dengan sampel sedia ada," kata Sultanov, dan menambah, Baizieva pernah bekerja di sebuah restoran makanan Barat selepas menamatkan pengajian di SEGi Universiti tahun lalu.

Katanya, kedutaan juga menemui beberapa rakan wanita itu namun tidak dapat mengumpul maklumat lengkap kerana mereka masih bersedih atas insiden tersebut.

"Maklumat ini kami perolehi daripada rakan-rakannya semalam, namun mereka tidak mampu memberikan banyak maklumat," katanya.

Beliau berkata, kedutaan juga sedang berusaha mendapatkan kebenaran keluarga untuk menyiarkan gambar wanita itu bagi menjelaskan beberapa laporan di media.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata polis percaya penumpang wanita dalam helikopter malang yang terhempas itu adalah Aidana Baizieva, 25.

Beliau turut mengesahkan, sepasukan anggota polis dihantar ke kediaman wanita berkenaan bagi mengumpul sampel DNA.

"Kami turut menemui tiket penerbangan ke Langkawi pada 21 Mac sempena Lima atas nama mangsa dan juruterbang helikopter itu," katanya.

Laporan itu turut berkata, berdasarkan keterangan pihak pengurusan apartment tersebut, juruterbang helikopter yang turut terkorban itu pernah melawatnya di apartmen berkenaan beberapa kali.

Sementara itu, Abdul Samah mengesahkan, mayat juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, sudah dituntut dan kini berada di Kedutaan Amerika Syarikat.

Mayat berkenaan dituntut pada 8.15 pagi, Isnin oleh kedutaan.

Fournier merupakan juruterbang helikopter Eurocopter AS365N2 Dauphin yang terhempas di Semenyih, dan mengorbankan 6 penumpangnya, termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Mangsa lain ialah ketua setiausaha sulit perdana menteri Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.



Iklan B (ii)











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...