Wednesday, 22 April 2015

Muhyiddin Sindir Pulak Ni?


Muhyiddin Sindir Pulak Ni? Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa penulis untuk terus menggalas amanah berkata benar walaupun ia menyakitkan.

"Seorang penulis sejati akan tetap memperkatakan tentang kebenaran dan tidak akan sekali-kali menyebarkan kepalsuan menerusi hasil nukilannya.

"Saya berharap agar para penulis akan terus menyatakan 'painful truth' (kebenaran yang pedih) untuk memandu masyarakat ke arah kebenaran dan bukannya 'beautiful lie' (pembohongan yang indah) yang boleh melekakan mereka," katanya petang ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu majlis penyampaian hadiah Sayembara Penulisan 2 ITBM-PENA-BH di kediaman rasmi beliau, Seri Satria, Putrajaya.

Dalam ucapannya, beliau berulang kali menekankan mengenai keperluan berkata benar, dengan memetik kata-kata Sasterawan Negara Dr Muhammad Salleh dalam sajaknya bertajuk 'Berkata-katalah.'

"Sajak ini mengingatkan saya kepada ayat Quran dari surah al-Isra'. Ayat itu menasihatkan kita supaya berkata dengan kata-kata yang baik dan benar," katanya.

Muhyiddin Sindir Pulak Ni?

Kenyataannya petang ini dibuat dua hari selepas beliau memuji Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai "tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran".

Bagaimana pun, tidak dapat dipastikan jika Muhyiddin sebenarnya merujuk Dr Mahathir yang mengaku "keseorangan apabila bercakap benar" dalam melemparkan kritikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan, kerajaan mengekalkan peruntukan bagi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) sebanyak RM5 juta untuk menggalakkan lebih banyak penulisan karya asli tempatan.

Katanya, yang merangkap menteri pendidikan, peruntukan itu merupakan tanda sokongan kerajaan dalam memastikan kelangsungan penerbitan karya asli ITBM dan penganjuran pelbagai program yang dapat mengembangkan bakat penulis.

Pada majlis itu, beliau juga menyampaikan hadiah kepada 30 pemenang sayembara penulisan bagi kategori cerpen, novel dan puisi.

Turut hadir Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) Dr Mohamad Saleeh Rahamad, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITBM Mohd Khair Ngadiron dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali.


Iklan B (ii)













1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...