Tuesday, 14 April 2015

Najib Terkedu Dengan Berita Terbaru Ini


Mahathir Makin Galak Serang Najib. Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak hari ini, mengatakan beliau pasti menuntut Najib melepaskan jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13, jika benar beliau berang dengan tindakan Najib tidak membina jambatan bengkok menghubungkan Singapura dan Johor.

Katanya, itu bukan sebab sebenar beliau menzahirkan kritikan, bahkan katanya, orang ramai kini semakin rancak bertanya soalan tentang perjalanan negara yang beliau sendiri tidak mampu menjawabnya.

"Rakyat tidak tanya (kepada PM). Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab," kata mantan perdana menteri itu merujuk kepada soalan berhubung pengurusan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Menurut Dr Mahahthir, jika benar marah dengan pembatalan jambatan bengkok itu, beliau pastinya tidak berkempen menyokong Najib dalam Pilihan Raya Umun ke 13 (PRU13) lalu.

"Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.

"Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “IM4U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah," katanya.

Dalam satu wawancara TV pada hari Khamis lalu, Najib berkata beliau percaya kritikan berterusan Dr Mahathir terhadapnya berpunca daripada pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan keengganannya meneruskan projek jambatan bengkok itu.

Menurut Najib, Dr Mahathir menggesa beliau agar menghapuskan BR1M dan menghidupkan semula "jambatan bengkok" yang menghubungkan Singapura dan Johor.

Mahathir Makin Galak Serang Najib

Dalam tulisan sama bertajuk "Soal tak jawab itu" di blog popularnya www.chedet.cc itu, Dr Mahathir mengatakan beliau kini mungkin keseorangan dalam usaha mendapatkan jawapan daripada Najib.

Namun demikian, Najib perlu berwaspada kerana mereka yang masih menyokongnya tidak bermakna turut menyokong 1MDB.

"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu.

"Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib," kata Dr Mahathir, dipercayai merujuk kepada tekanan terhadap anaknya, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilihat tersepit apabila didesak pelbagai pihak untuk menyatakan sokongan secara jelas kepada Najib.

Dr Mahathir mutakhir ini semakin merancakkan asakan kepada Najib apabila secara terbuka membidas pentadbirannya terutama cara perdana menteri itu menangani persoalan yang berlegar di sekitar pengurusan 1MDB dan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Dr Mahathir sebelum ini berkata salah seorang pembunuh Altantuya, Sirul Azhar Umar pernah mengiringnya tetapi beliau tidak pernah mengarahkannya membunuh sesiapa sekali pun.

Ia merujuk kepada kenyataan Sirul yang mengaku bertindak membunuh wanita itu "atas arahan pihak atasan".

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu pernah mengiringi Najib dan kematian Altantuya berlaku sewaktu presiden Umno itu menjawat jawatan menteri pertahanan.

Terkini, Dr Mahathir dalam satu video mendakwa, Umno kini dipenuhi dengan pemimpin yang mencari makan secara atas angin dan hanya setia hanya kerana wang.‎

"The Umno now is about money (Umno sekarang tentang duit). Ketua-ketua Umno setia sebab mereka dapat sesuatu, dapat kontrak.‎

"Yang dapat jawatan-jawatan tu semua dapat duit,” kata Dr Mahathir dalam video itu.




Iklan B (ii)












4 comments:

  1. Tun is right.... We have had enough of Umno.

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat tipu helah KeraJaan BeEnd,,,lepas beberapa hari GST dilaksanakan...gaji puak2 menteri dan timbalan menteri naik..dpt gaji backdated pula dari bulan january..Tak apa laahh..kuasa ada pd mereka semasa memerintah diatas dunia ini,namun azab Allah sedia menanti perihal airmata rakyat yg terpaksa menanggung keperitan hidup..

    ReplyDelete
  3. Saya mendoakan agar tuhan memurahkan rezeki dan panjangkan umur Tun. You're the one and only

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...