Friday, 17 April 2015

Mahathir Buat Pasal Lagi.. Dedah Rahsia Najib


Mahathir Buat Pasal Lagi.. Dedah Rahsia Najib. Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak bertegur sapa dengan Datuk Seri Najib Razak selama 6 bulan selepas mendesak perdana menteri mendedahkan perjanjian projek 'jambatan bengkok'.

Dr Mahathir berkata, dalam satu pertemuan makan malam dengan Najib, beliau mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak meneruskan projek itu walaupun perdana menteri sudah berjanji untuk berbuat demikian.

Namun katanya, Najib memberi alasan wujud perjanjian berkaitan Tambak Johor yang tidak boleh disentuh melainkan ada persetujuan kedua-dua belah pihak antara Malaysia dengan Singapura.

"Saya tanya tunjukkan saya perjanjian itu... tiada. Tidak ada perjanjian sebegitu.

"Kita buat sebelah kita, dia hendak buat dia buatlah," katanya dalam wawancara eksklusif disiarkan laman portal Perak Today.

Katanya, Najib tidak bercakap dengannya selama 6 bulan sehingga dipujuk 'Adnan Pahang', dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Ada beberapa perkara, selama 6 bulan dia tidak bercakap dengan saya.

"Selepas dia berbual dengan Adnan Pahang baru dia putuskan kami perlu bercakap semula," katanya.

Mahathir Buat Pasal Lagi.. Dedah Rahsia Najib

Katanya, selepas itu beliau pergi berjumpa Najib di pejabat rasmi dan berbincang mengenai beberapa perkara, namun kesal tidak ada satu pun cadangannya diterima pakai.

Dr Mahathir berkata, pembinaan tersebut perlu dilaksanakan meskipun Singapura tidak memberikan persetujuan terhadapnya kerana kawasan projek tersebut tidak melibatkan kawasan republik itu.

Katanya, sebagai negara yang merdeka, Najib tidak perlu meminta persetujuan daripada Singapura.

“Adakah kita sebahagian daripada Singapura? Hendak buat kereta api perlu bertanya kepada Singapura, Singapura halau dari sana… kita pula pergi minta hendak buat di Singapura,” soalnya.

Beliau turut mengingatkan pentadbiran Najib supaya berhati-hati membelanjakan wang negara kerana Malaysia bukan negara yang kaya-raya.

Jambatan bengkok dalam perancangannya mahu dinamakan sebagai Jambatan Indah, merupakan struktur jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.

Pembinaan jambatan itu dihentikan selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.




Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...