Thursday, 30 April 2015

Lagi Spesis Ahmad Maslan Dilahirkan..


Lagi Spesis Ahmad Maslan Dilahirkan. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad hari ini menyelar dakwaan sesetengah pengguna yang semua harga barang kini meningkat.

Beliau sebaliknya menunjukkan kepada media hari ini, statistik penurunan harga barang di seluruh negara pada bulan Mac dan April walaupun selepas pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 6% mulai 1 April.

"Orang ramai mengatakan semua harga barang naik dan sebagainya. Sebenarnya ada harga barang yang turun.

"Contohnya, di Semenanjung, 99 harga barang turun, dan di Sabah, terdapat 147 penurunan harga barang," katanya di ibu pejabat kementerian itu di Putrajaya.

Lagi Spesis Ahmad Maslan Dilahirkan

Penurunan harga yang dibentangkan tersebut melibatkan harga barang kering dan basah.

Menurut Datuk Seri Alias Ahmad, walaupun tidak dinafikan terdapat beberapa harga barang yang meningkat, tetapi perbandingan penurunan harga dapat dilihat pada bulan Mac dan April.

"Barang-barang tidak semua naik harga. Bagi barang mentah dan kering, sesetengah barang berkadar sifar.

"Peniaga yang menaikkan harga barang adalah peniaga tidak bertanggjungjawab. Kalau naik harga, kita akan siasat," katanya sambil menambah, kebanyakan pasar raya besar mematuhi kadar yang ditetapkan.


Iklan B (ii)













4 comments:

  1. Cakap atau duduk atas kerusi empok dlm pejabat boleh ckp mcm tu laa..Cuba pergi sendiri di pasar atau kedai2 barangan..Selidik dulu baru buat kenyataan..Guna akal sikit !!!

    ReplyDelete
  2. TAPI BETUL..SEJAK GST NI BARANG AKU X NAIK2 LAH..MUNGKIN TENSON KUT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah ... Viagra pun kne GST lerr. .... ksian

      Delete
  3. Helo bro 'akan siasat'?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...