Sunday, 5 April 2015

Jentera Umno BN Makin Menggelupur Dengan Pendedahan Ini.. Ini Buktinya


Jentera Umno BN Makin Menggelupur Dengan Pendedahan Ini. Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), akan mengambil langkah menangkis tuduhan baharu yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Tidak senang dengan tindakan Dr Mahathir semalam yang membangkitkan kembali kes yang sudah selesai di mahkamah itu, Pengarah Jasa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mempersoalkan niat bekas pemimpin utama negara tersebut.

"Kenapa beliau (Dr Mahathir) hendak membangkitkan isu Sirul (Koperal Sirul Azhar Umar) yang sudah diputuskan mahkamah?

"Bagi saya, ini tidak wajar, seolah-olah beliau ingin mengatakan beliau mempunyai bukti baharu. Tetapi pada saya, beliau hanya ingin mengaitkannya dengan perdana menteri," beliau dipetik berkata dalam laman berita Astro Awani hari ini.

Jentera Umno BN Makin Menggelupur Dengan Pendedahan Ini

Menyedari kesan yang bakal terpalit kepada Datuk Seri Najib Razak, Puad berkata Jasa akan mengambil tugas dan tanggungjawab menangkis persepsi negatif yang timbul daripada kritikan Dr Mahathir.

Katanya, badan propaganda Putrajaya itu tidak akan mengambil langkah bertahan lagi tetapi sebaliknya akan lebih “menyerang” dalam menangkis tuduhan dibuat ke atas Najib itu.

"Kita tahu kenyataan Dr Mahathir dalam blog beliau yang terbaharu ini sudah menjadi viral dan kita anggap ia (pandangan) terlalu negatif. Jadi, Jasa akan berdepan dengan perkara seperti ini dan bukan bersikap defensif, tetapi 'serang' (menerusi media sosial)," katanya.

Dr Mahathir dalam blognya yang popular chedet.cc sekali lagi meneruskan serangan ke atas Najib, membangkitkan peranan Sirul yang juga pegawai khas Najib dalam pembunuhan model itu.

"Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh (dijatuhkan hukuman bunuh) kerana menjalankan arahan," tulis Dr Mahathir.

Kritikan tersebut dilihat serius sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Umno mengadakan perbincangan tertutup bersama Dr Mahathir bagi membincangkan perkara itu.

Penulis blog Umno juga berdiam diri dalam isu dibangkitkan pemimpin negara yang berpengaruh tersebut.

Kritikan semalam dilihat sebagai paling keras perdana menteri paling lama berkhidmat itu yang membayangkan Umno dan Barisan Nasional bakal hilang kuasa jika masih di bawah pentadbiran Najib dalam pilihan raya umum akan datang.


Addin:

Rakyat dah tahu siapa pembunuh Altantuya, kini rakyat ingin tahu siapa pula yang arahkan membunuh Altantuya dan letupkan mayatnya dengan C4. Kes ini memang pelik apabila motif pembunuhannya tidak pernah dibicarakan.


Iklan B (ii)











6 comments:

  1. senang le sikit nak bagi hilang seteru sekarang ni .... upah je matfit yg perlu duit untuk beli fit pegi bunuh ... lepas tu matfit ditangkap .... yang upah, yang suruh boleh lepas, tak kena apa-apa ... ok gak gitu yek .....

    ReplyDelete
  2. IGP tak nak amik tindakan ke kt Madey?? Kalau pembangkang laju je.. Dh bp byk kali Madey bt serangan.. Aku harap kali ni betoi2 temu buku dgn ruas. Sama2 ada kes tersdri.

    ReplyDelete
  3. Bagi mereka yang bodoh dan dungu seperti kamu memang kata kes altantuya sekesai.Bagi rakyat mereka mahu tahu siapa arahkan Surul suruh bunuh. Awak fikir rakyat bodoh macam kamu yang dah tak tahu membezakan fakta dari fiksyen?

    ReplyDelete
  4. yelee bitu leee

    ReplyDelete
  5. apa lah punya bengong, JFK yg mati dah berpuluh tahun tu sampai sekarang org dok cuba gali sebabnya dan dalangnya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...