Thursday, 16 April 2015

Berita Betul-Betul Mengejutkan Buat PAS


Berita Menyedihkan Buat PAS. Selepas laman "Facebook hantu", muncul pula buku yang menyerang sebahagian pimpinan PAS yang disifatkan penulisnya sebagai perosak parti menjelang pemilihan pada Jun.

Buku bertajuk "Siapakah perosak sebenar PAS?" diterbitkan atas nama dan logo rasmi parti yang dicetak di muka depan buku berwarna warni itu.

Turut ditulis pada tajuk buku adalah, "Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu. Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpangi itu semakin rosak dan lunyai."

Kandungan dan kulit luar buku ini kini tersebar di laman sosial, namun usaha The Malaysian Insider mendapatkan buku ini tidak berjaya sehingga kini.

Menurut apa yang tersebar di laman sosial, empat pemimpin parti menjadi sasaran buku ini dan menyifatkan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, sebagai "parasit no 1".

Turut menjadi sasaran buku ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat dan peguam, Mohamed Hanipa Maidin dan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Berita Menyedihkan Buat PAS

Sebelum ini, tiga laman Facebook yang tidak diketahui pemiliknya, El-Haraki, Tuc Tok Usin Ceroi dan Keli Laut, sentiasa menyerang sebahagian pimpinan PAS itu.

Selepas diserang bertalu-talu oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Tuc Usin berkata laman itu akan ditutup, tetapi pada masa sama laman El-Haraki yang sekian lama berdiam diri kembali aktif menyerang sesetengah pemimpin PAS.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ahmad, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, dan Nazmi Karim mengetuai demontrasi di depan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta dalang menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka juga menghantar memorandum kepada PAS bagi menyiasat dakwaan itu.

Namun, apabila dipanggil memberi keterangan, Fadhli enggan bekerjasama dengan alasan tidak percaya dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh AJK PAS Pusat itu.

Antara yang paling awal dikesan menyiarkan tentang buku itu dalam laman sosial tersebut ialah Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan.

Berita Menyedihkan Buat PAS

Beliau jelas marah dengan penerbitan buku itu dan bertanya, "Siapa terbitkan buku ini? Siapa yang membiayainya? Ni dah mula main kasar ni!!".

Beliau berharap, ahli PAS tidak menyebarkannya sambil berkata, "Ya Allah! Tunjukkanlah kepada kami kebenaran dan dedahkan kepada kami siapakah yang mahu mengadu domba di kalangan kami. Ameen".

Sebuah laman pro-Umno, Agendadaily, mendakwa buku ini adalah perang saraf untuk mendakwa kumpulan ulama dalam PAS yang menerbitkannya.

Iklan B (ii)












1 comment:

  1. Ia menunjukkan ada kumpulan tertentu dlm Pas dirasuk syairan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...