Wednesday, 29 April 2015

Punah Harapan BN Di PRK Permatang Pauh.. Ini Buktinya?


Punah Harapan BN Di PRK Permatang Pauh.. Ini Buktinya? Pemuda PAS Pulau Pinang telah mengubah pendiriannya dan hari ini mengumumkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. 

Ketua Pemudanya Mohd Yusni Mat Piah berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Timbalannya. Khairil Nizam Khirudin, malam tadi. 

"Kami sebulat suara untuk akur arahan PAS Pusat untuk bantu gerak kerja PRK Permatang Pauh.

Punah Harapan BN Di PRK Permatang Pauh.. Ini Buktinya?

"Kami juga tetap dengan pendirian kami supaya AMK menarik balik kenyataan melampau terhadap presiden PAS," katanya dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang di Kepala Batas pagi ini. 

Sebelum ini, Pemuda PAS Pulau Pinang bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan dalam PRK Permatang Pauh, selepas AMK Pulau Pinang enggan berbuat demikian.

Iklan B (ii)













No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...