Tuesday, 21 April 2015

Berita Memalukan Buat Ketua Polis Negara


Berita Memalukan Buat Ketua Polis Negara. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, bantahan penduduk terhadap salib di gereja Taman Medan semalam merupakan satu tindakan yang berbentuk hasutan, bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.   

Menteri dalam negeri itu dilaporkan portal Malaysiakini memberi persetujuan yang tegas apabila ditanya sekiranya tindakan penunjuk perasaan itu, yang meminta salib gereja diturunkan, bersifat hasutan.

“Sudah tentu! Ya, ya,ya!” beliau dipetik berkata.

“Saya sangat buta warna. Polis sangat buta warna. Tindakan perlu diambil atau akan diambil terhadap mereka.”

Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan disiplin juga akan diambil kepada ahli parti yang menyertai bantahan di gereja itu semalam.

“Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu… Kerana mereka melanggar peraturan. Dalam Umno, kita perlu. Hormati agama lain. Mereka perlu menerima akibatnya,” katanya menurut portal itu.

The Star Online juga memetik Zahid berkata kepada media selepas satu acara di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) hari ini, "jika sesiapa menyentuh mana-mana agama, mereka tertakluk kepada Akta Hasutan".

Terdahulu, Khalid berkata tiada elemen hasutan dalam protes semalam kerana isu berkenaan tidak melibatkan agama Kristian.

"Kami tidak melihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh mengenai agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

"Kami mengkaji keseluruhan isu dan ia bukan berunsur hasutan kerana ia bukan mengenai agama Kristian.

Berita Memalukan Buat Ketua Polis Negara

"Salib itu diturunkan susulan terdapat permintaan daripada masyarakat. Tidak terdapat keganasan," kata Khalid, sambil menambah yang perkara itu dianggap isu masyarakat dan sudah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan kerajaan negeri Selangor.

Kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baru itu semalam, yang terletak di sebuah rumah kedai, menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana ia dikatakan mengancam Islam, sebagaimana dilaporkan The Star Online.

Salah seorang dari pemimpin Umno yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Khalid.

Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.

Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu.

Abdullah berkata hari ini, penduduk menemuinya bagi membincangkan perkara itu pada Sabtu, mengatakan mereka tidak selesa dan rasa sensitif dengan isu itu.

Bercakap mengenai keterlibatan abangnya itu, Khalid berkata, beliau hadir bagi menenangkan penunjuk perasaan dan memastikan keadaan terkawal tanpa sebarang keganasan.

Beliau juga berkata, beliau tidak akan berkompromi sekiranya sesiapa didapati bersalah, walaupun jika ia melibatkan adik-beradiknya dan anak-anaknya.




Iklan B (ii)













4 comments:

  1. Ho ho ho... mau selamat abang dari Akta Hasutan ye... ho ho ho kena keluarga sendiri tiba-tiba undang-undang bermata pula.

    ReplyDelete
  2. Nk alihkan isu hangat GST, KWSP mcm2 lah timbul terutama isu kaum agama ni...

    ReplyDelete
  3. Demo bukan hasutan...cuma riadah jer..panggil kawan2..borak2 jer...pilih jgn x pilih..rakyat kan bodoh2 semua...pilih jgn x pilih...

    ReplyDelete
  4. Mana perginya gerombolan Perkasa, mana Hasan Jati dan mana pekida? Ini menteri sudah membantah salib itu diarah turun oleh orang kuat UMNO. Hoi Perkasa, Hasan Jati dan pekida, bangunlah pergi protes menteri tu!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...