Thursday, 30 April 2015

Berita Menggemparkan Hari Ini


Berita Ini Menyakitkan Hati Seluruh Rakyat Malaysia. Isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie.

Isian semula RM10 sebagai contoh akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST enam peratus, katanya.

Halim dalam kenyataan yang dikeluarkan SKMM hari ini, berkata agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei, seperti yang diminta.

"Masalah untuk kembali kepada kadar pra-GST adalah kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang berjumlah kira-kira 30,000," katanya.

Halim berkata ia juga melibatkan kos yang besar bagi pihak pembekal perkhidmatan dan ejen-ejen pihak ketiga selain stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.

Berita Ini Menyakitkan Hati Seluruh Rakyat Malaysia

Kenyataan SKMM itu dikeluarkan selepas Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad dalam satu sidang media sebelum itu yang dilaporkan mengumumkan harga kad prabayar kembali kepada harga asal seperti sebelum pelaksanaan GST, mulai 1 Mei.

Ini bermakna, jika kad prabayar itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei, katanya.

Menurut Khazali, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berdasarkan kepada konsep 'tax inclusive' berkuat kuasa 1 Mei dalam satu surat pada 28 April.

Halim berkata SKMM meminta keputusan lanjut mengenai perkara itu hanya dibuat selepas syarikat pembekal perkhidmatan selesai membuat kajian penilaian sama ada pelanggan memilih nilai isian semula yang lebih rendah selepas GST dikenakan atau sebaliknya.


Iklan B (ii)















3 comments:

  1. sekarang ni kastam ka skmm yg berkuasa kutip cukai gst?

    kastam sila guna kuasa anda!

    kaji ajar sykt2 telco di M'sia ni yg tiap2 tahun untung besar masih lagi tak puas mentekedarah duit pengguna...

    ReplyDelete
  2. dia sudah takut org muda yg ramai guna prepaid akan mengundi pembangkang dlm prk p pauh dan rompin dan pru akan dtg. itulah kuasa pengundi yg kita mesti pandai guna!

    ReplyDelete
  3. nak naik tak payah buat kajian, bila nak turun melibatkan kos yg besar perlu masa dn kajian, hampeh.
    abih tu kalu akhirnya tukar kemana dn berapa banyak dh wang kita dia sudah kebas, dan pastinya melibatkan kos yg besar jugak(yg ni tknak amek kira)

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...