Wednesday, 1 April 2015

Berita Gempar Terkini Buat Penyokong Pakatan Rakyat


Berita Gempar Terkini Buat Penyokong Pakatan Rakyat. PKR enggan menerima keputusan mahkamah menolak permohonan pengampunan diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim selagi belum menerima surat rasmi, kata Mohamed Azmin Ali."Setakat ini keluarga Datuk Seri Anwar belum menerima secara rasmi daripada Lembaga Pengampunan.

"Maka kita menerima hakikat bahawa rayuan itu masih dipertimbangkan," kata timbalan presiden PKR itu pada sidang media di lobi Dewan Annexe, Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata, beliau masih optimis wujud ruang mempertimbangkan rayuan itu.

Berita Gempar Terkini Buat Penyokong Pakatan Rakyat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi mengumumkan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen keluarga Anwar mendapatkan pengampunan diraja dalam usaha membebaskan  Anwar daripada hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan selepas disabit meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.



Iklan B (ii)











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...